Nuffnang Ads

Monday, September 27, 2010

NASIB BAIK AKU BELI eBOOK ABANG ENSEM


Salam,

Nampaknya abangensem (AE) buat contest lagi. Hm, terpaksa la aku masuk..hehehee.. Tapi bukan disebabkan hadiah tapi disebabkan salah satu job scope aku kena menulis dan mengomen. So, kena jadikan habitla.. Berikut adalah kebaikan dan comment aku terhadap kedua-dua ebook AE..


1.  Bagi aku, target pembaca ebook AE adalah bagi mereka yang membuat pelaburan beli dan sewa dan bukannya beli dan jual. Memang ianya sesuai bagi kita kaum Melayu yang jauh ketinggalan dalam pelaburan hartanah. Yang nak berjinak-jinak dalam hartanah dan berpendapatan sederhana memang sesuai baca ebook ni. Faedah yang aku dapat contohnya maksimumkan seboleh mungkin tempoh gadai janji kerana kita membayar installment menggunakan duit orang lain. Hahaha.. Kerana jika mengikut sesetengah buku, mereka mencadangkan membuat tempoh pinjaman 20 tahun. Kalau nak ikut buku ini, cash flow kita akan negative tetapi tidak kalau ikut ebook AE. Cuma aku kurang arif tentang pro and con nyer..

2.  Terdapat beberapa perkara yang tiada dalam ebook atau buku lain yang pernah aku baca. Contohnya, apa rasionalnya hantar application ke beberapa bank, meminta peguam menyediakan draf S&P dan “kenapa perlu bayar dengan cek”. Benda ni aku rasa amatlah penting dan amat amat amat berguna…! Rasanya kita tak akan rugi jika pembelian kita tidak berjaya disebabkan loan tak approve etc. Kalau aku baca ebook ni, tak la aku rasa tak tenang cam sekarang ni. Duit dah habis dua tiga ribu, tapi risau tak lepas kebenaran menukar hak milik. Huhuhuuhuu…

3.  Di ebook AE ada satu sub “Nota Kunci”. Kalau kita dah tak nak baca semua apa yang AE tulis lagi, just go through this “Nota Kunci”. Tak perlu kerah keringat nak baca semula.

4.  Kisah AE menghalau penyewanya yang mempunyai anak OKU membuatkan aku berfikir sejenak. Adakah tindakan itu benar atau tidak. Bagi aku apa yang AE buat tu betul kerana AE dah bagi banyak peluang, walaupun dengan diminta membayar semampu yang ada. Kat sini, aku bukannya nak puji AE kerana hati kering (hehee), cuma ia jadi satu motivasi kat aku tuk naikkan sewa pada penyewa yang InsyaAllah rumah itu akan jadi milik aku. Doa-doakan..

5.  Pemisahan ebook AE kepada dua iaitu RAHSIA JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR dan TIPS & PANDUAN MEMBELI RUMAH TERPAKAI (SUB-SALE PROPERTY) memang amat sesuai. Kenapa aku tulis macam tu. Pertama, ebook pertama mesti introduction yang mana sesuai kepada pelabur-pelabur hartanah yang baru macam aku. Keduanya, sub-sale adalah sesuatu yang merumitkan jika tidak difahami dengan baik jika dibandingkan membeli rumah dengan pemaju yang kadang-kadang memerlukan RM100 sebagai deposit.  Oleh itu, pemisahan ini tidak akan mengelirukan pembaca. Aku cadangkan satu ebook khas untuk lelongan. Kerana aku rasa, ramai yang mencari hartanah melalui lelongan.

6.  Dalam ebook Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar, disertakan satu keratan majalah “Personal Money”. Ini membolehkan pembaca ebook merasa yakin akan pelaburan hartanah serta yakin AE betul-betul berpengalaman dalam hartanah. Sebab tu makin ramai orang visit blog AE. Bila aku tengok betul-betul macam tak percaya AE ni boleh masuk majalah. So, maaf la banyak mengutuk dalam post abang ensem punya blog macam hampeh yang lepas.

7.  Apa yang aku kagum pada ebook ini ialah ia menerangkan proses beli rumah dari A samapi Z. Aku rasa tak tertinggal satupun. 27 pages walaupun aku pernah anggap sikit, tapi tidak dari segi susunan dan penerangannya. Jika dibandingkan dengan satu ebook yang aku pernah beli sebelum ni, aku rasa ebook AE lebih compact dan teratur.

8.  Font and spacing aku rasa sesuai. Takde la sape-sape yang rabun terkebil-kebil nak baca. Gambar pun relate dengan topik. Cuma kali ni tak jumpa gambar lisa surihani and dania daniel.

or “”.9.  Bahasa yang AE gunakan agak mudah dan santai. Takdelah kita terkial-kial nak paham macam baca buku-buku yang terlalu complicated bahasanya. Senang untuk difahami dan ada keyword yang penting tandakan dengan italic 

10.  Penulisan ebook ni adalah berdasarkan pengalaman. So, memang menarik. Pengalaman itu memberikan gambaran sebenar proses pembelian dan pelaburan dalam hartanah kepada aku.

11.  Of course, generally, ebook ni memberikan aku pertambahan ilmu yang berguna dunia dan akhirat.

12.  Lastly, ebook ni jugak dapat mengurangkan tax yang dikenakan kepada aku oleh LHDN. Hahahahhaahaha… (tapi ebook boleh ker? Tolong jawab AE)

Sekian, terima kasih





Thursday, September 23, 2010

Dah Dapat Kunci

Waaaaa...

Jangan salah paham, ni bukan kunci rumah yang aku beli untuk buat pelaburan. Ni kunci rumah yang aku beli atas nama orang rumah aku kat tempat aku kerja ni, Kuantan, Pahang. Yela, dua tahun lepas aku tak confirm lagi, so tak boleh nak apply loan kerajaan. Hm, memandangkan ni adalah rumah tuk aku settle down, ada beberapa perkara yang aku nak buat, antaranya:

1. nak tambah porch sebab kat rumah sewa aku sekarang, kereta aku duk kena panas jer. So, rumah sendiri biarlah beratap pulak.

2. Nak tambah electrical point, kitchen cabinet, tile for rooms, etc.

Bila aku fikir-fikir balik, banyaknya perbezaan antara membeli rumah baru (dari pemaju) dan subsale. Rasanya dalam post akan datang, aku akan beri beberapa advantage & drawback perkara ini.

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya

Salam,


Sebelum aku meneruskan bicara, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Walaupun setakat ni aku ada beberapa orang jer yang lawat blog aku, tapi aku bersyukur dengan apa yang ada. Comment ada 3, so far Alhamdulillah bagi new blogger and investor cam aku. Nak lawan abangensem memang tak dapat la..

Semasa aku membelek Tancorp website, aku berkenan kat satu rumah. Terus aku open proclamation of sale. Yang aku rasa terkejut, dah ada syarat baru dalam proclamation of sale tu. Syaratnya seperti berikut:


(2)   The sale of the property is subject to the consent of Lembaga Perumahan Dan hartanah Selangor vide its letter dated 24-8-2010:-
i)      Terhad kepada pembeli bumiputra sekiranya lelongan melibatkan unit bumiputra
ii)     Pendapatan bersama (suami/isteri) bakal pembeli tidak melebihi RM2,000.00
iii)    Bakal pembeli tidak mempunyaisebarang jenis rumah kediaman di Selangor
iv)    Bakal pembeli dikehendaki mendaftar dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Kos Rendah
v)     Cukai tanah dan cukai taksiran semasa telah dibayar kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan.


Rasanya isu ni menakutkan new investor. Minta abang ensem comment. Dan comment juga isu <ini>

Thursday, September 2, 2010

Loan Agreement Document

Salam,

Hari ni aku pergi cancel bank draft CIMB. Cek 10% yang aku kalah auction hari tu. Lepas cancel tu, rasa macam malas nak masuk auction ni. Hm, sekali berjuang dah rasa nak surrender. Huhuhuu..


Kat sini aku nak upload jugak beberapa contoh documents yang lawyer untuk loan agreement bagi kat aku suruh sign [front page jer]. Pergh, banyak gile. Antaranya, property sale agreement, property purchase agreement, deed of assignment, power of attorney, bankruptcy - statutory declaration and owner occupation - statutory declaration. Dah la tebal-tebal belaka, 4 copy pulak tru, letih aku sign. So kalau nak tau apa maksudnya documents ni, tunggu post aku yang seterusnya. ehheheheehehe... Sabar yer.. Sebab aku nak kaji ape isinya dalam documents tu.



Property Purchase Agreement
Property Sale Agreement
Bankruptcy - SD

Owner Occupation - SD

Power of Attorney




Contoh Quotation Legal Fee for S&P and Loan Agreement

Salam,

Kat sini aku attach contoh quotation tuk legal fee S&P and Loan Agreement. Quotation untuk rumah pertama yang aku beli (in progress). Yang silapnya, aku just minta quotation dari satu company sahaja. Sebabnya, aku kat Kuantan, property kat Bandar Baru Bangi. Tetapi aku cut nama legal firm and nama aku kat quotation tu, takut-takut jadi isu pula. Perhatikan bahawa kalau laon kita kecik, dalam RM50k jer, caj legal fee tak banyak, yang banyaknya adalah disbursement. So, kena peka lah wahai pelabur-pelabur baru macam aku. Nak tau disbursement? Tunggu next post. Hehehehheeee..




Wednesday, September 1, 2010

abang ensem punya blog macam hampeh

Pergh, abang ensem dah boleh buat contest tu....! Memang betul-betul kaya la abang ensem ni. AE, comment saya adalah seperti berikut. Harap anggap ianya sebagai teguran membina, bukan niat saya untuk mendedahkan kelemahan anda.


1. Ebook anda terlalu simple. Tak padan dengan harga. Saya dah pernah comment sebelum ni. Dan saya juga setuju dengan comment kat 'meh la sini sat' dari ebook : bro, aku rase e-book ko mahal sgt la. buku azizi ali pun baru rm50, tp lebih 100page. Harap dapat detailkan lagi ebook anda walaupun sekecil-kecil perkara.

2. Saya pernah email kpd AE untuk post kan detail kos-kos yang terlibat untuk beli rumah. Ianya tak seperti yang saya expect. Sebab apa yang anda nyatakan adalah yang benda yang umum seperti, MRTA, legal fee etc. Saya mengharapkan detailnya adalah seperti post saya "Contoh Quotation Legal Fee for S&P and Loan Agreement". Bagi orang baru macam saya, saya hanya kira percentage of legal fee, tapi terkejut bila tengok disbursement.

3. Dalam post anda, selalu jika anda tidak mahu menjawab soalan dari follower anda, anda akan kata sila refer ebook anda. Namun ada beberapa isu yang tiada dalam ebook anda. Saya harap AE dapat semak dan jika saya yang terlepas pandang, haraf maaf.

4. Blog AE haruslah kena update dari segi appearance nya. Yelah, abang ensem's blog kan ramai tetamu, nanti orang cepat bosan walaupun isinya bagus. Tidak dinafikan blog anda memang bagus dari segi isinya. Harap dapat compare dengan blog-blog yang lain.

5. Banyakkan gambar sikit AE untuk setiap post. Jangan asyik letak gambar Diana Daniel & Lisa Surihani jer.


6. Katakan saya jual ebook ni pada orang yang berminat dengan harga jauh lebih murah. Mungkin 2 ebook untuk RM10. Modal is RM0. Apa yang AE nak buat? Boleh ke AE cari saya? Susah kan? Tak dinafikan memang ada clause copyright kat 2nd page on your ebook. Tapi itu umum. Apa kata AE buat seperti contoh di bawah ni. Ni salah satu contoh protection dari ebook yang saya beli.
Ebook “RAHSIA  JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR” ini telah didaftarkan di atas email pelanggan Abang Ensem berikut:
Mohd Fulan bin Mohd Fulana
fulana@yoyo.com


7. Memang tak dinafikan AE akan jawab semua persoalan secara percuma. Tapi tak semua orang akan tanya apa yang dieorang tak tahu, dan AE pun tak kan nak jawab semua kan? Naik menyampah jugak. Dan mungkin jugak mereka segan, yelah mungkin soalan dieorang tu soalan “budak baru belajar”, AE pulak post kat blog. Apa kata AE buat consultation advise. Contohnya, RM 20 tuk seberapa banyak persoalan yang dieorang nak secara personal. Masing-masing pun seronok tuk bersoal jawab. Ni cadangan sahaja, bukan untuk suruh AE ambil kesempatan pada follower you.


8. AE ada 14 unit selama berkecimpung dalam property ni. Ceritakanlah secara detail masalah, pengalaman, hidden stories,  bagi setiap unit yang AE beli. Sediakan column khas tuk benda ni kat blog AE.  Kalau AE buat ebook pasal ni, lagi laris. 


9. Last sekali, takde ke hadiah untuk second and third place? Huuuhuhuuhu...




Tq..

Loan Agreement

Salam,

Isnin lepas baru terima loan agreement documents. Pergh, banyak siot nak kena sign. Deed of assignment, property sale agreement, property purchase agreement, power of attorney, and a few documents. Dah la setiap page nak kena initial, leithnya. Untuk makluman, document bagi islamic loan lebih dari konvensional. Bezanya:

1. Islamic kita ada property sale agreement & property purchase agreement : sebab kita guna konsep beli & jual BBA

2. Konvensional : Ada loan agreement sahaja: sebab kita pinjam duit, bukan guna konsep BBA