Nuffnang Ads

Monday, September 27, 2010

NASIB BAIK AKU BELI eBOOK ABANG ENSEM


Salam,

Nampaknya abangensem (AE) buat contest lagi. Hm, terpaksa la aku masuk..hehehee.. Tapi bukan disebabkan hadiah tapi disebabkan salah satu job scope aku kena menulis dan mengomen. So, kena jadikan habitla.. Berikut adalah kebaikan dan comment aku terhadap kedua-dua ebook AE..


1.  Bagi aku, target pembaca ebook AE adalah bagi mereka yang membuat pelaburan beli dan sewa dan bukannya beli dan jual. Memang ianya sesuai bagi kita kaum Melayu yang jauh ketinggalan dalam pelaburan hartanah. Yang nak berjinak-jinak dalam hartanah dan berpendapatan sederhana memang sesuai baca ebook ni. Faedah yang aku dapat contohnya maksimumkan seboleh mungkin tempoh gadai janji kerana kita membayar installment menggunakan duit orang lain. Hahaha.. Kerana jika mengikut sesetengah buku, mereka mencadangkan membuat tempoh pinjaman 20 tahun. Kalau nak ikut buku ini, cash flow kita akan negative tetapi tidak kalau ikut ebook AE. Cuma aku kurang arif tentang pro and con nyer..

2.  Terdapat beberapa perkara yang tiada dalam ebook atau buku lain yang pernah aku baca. Contohnya, apa rasionalnya hantar application ke beberapa bank, meminta peguam menyediakan draf S&P dan “kenapa perlu bayar dengan cek”. Benda ni aku rasa amatlah penting dan amat amat amat berguna…! Rasanya kita tak akan rugi jika pembelian kita tidak berjaya disebabkan loan tak approve etc. Kalau aku baca ebook ni, tak la aku rasa tak tenang cam sekarang ni. Duit dah habis dua tiga ribu, tapi risau tak lepas kebenaran menukar hak milik. Huhuhuuhuu…

3.  Di ebook AE ada satu sub “Nota Kunci”. Kalau kita dah tak nak baca semua apa yang AE tulis lagi, just go through this “Nota Kunci”. Tak perlu kerah keringat nak baca semula.

4.  Kisah AE menghalau penyewanya yang mempunyai anak OKU membuatkan aku berfikir sejenak. Adakah tindakan itu benar atau tidak. Bagi aku apa yang AE buat tu betul kerana AE dah bagi banyak peluang, walaupun dengan diminta membayar semampu yang ada. Kat sini, aku bukannya nak puji AE kerana hati kering (hehee), cuma ia jadi satu motivasi kat aku tuk naikkan sewa pada penyewa yang InsyaAllah rumah itu akan jadi milik aku. Doa-doakan..

5.  Pemisahan ebook AE kepada dua iaitu RAHSIA JUTAWAN HARTANAH TERBONGKAR dan TIPS & PANDUAN MEMBELI RUMAH TERPAKAI (SUB-SALE PROPERTY) memang amat sesuai. Kenapa aku tulis macam tu. Pertama, ebook pertama mesti introduction yang mana sesuai kepada pelabur-pelabur hartanah yang baru macam aku. Keduanya, sub-sale adalah sesuatu yang merumitkan jika tidak difahami dengan baik jika dibandingkan membeli rumah dengan pemaju yang kadang-kadang memerlukan RM100 sebagai deposit.  Oleh itu, pemisahan ini tidak akan mengelirukan pembaca. Aku cadangkan satu ebook khas untuk lelongan. Kerana aku rasa, ramai yang mencari hartanah melalui lelongan.

6.  Dalam ebook Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar, disertakan satu keratan majalah “Personal Money”. Ini membolehkan pembaca ebook merasa yakin akan pelaburan hartanah serta yakin AE betul-betul berpengalaman dalam hartanah. Sebab tu makin ramai orang visit blog AE. Bila aku tengok betul-betul macam tak percaya AE ni boleh masuk majalah. So, maaf la banyak mengutuk dalam post abang ensem punya blog macam hampeh yang lepas.

7.  Apa yang aku kagum pada ebook ini ialah ia menerangkan proses beli rumah dari A samapi Z. Aku rasa tak tertinggal satupun. 27 pages walaupun aku pernah anggap sikit, tapi tidak dari segi susunan dan penerangannya. Jika dibandingkan dengan satu ebook yang aku pernah beli sebelum ni, aku rasa ebook AE lebih compact dan teratur.

8.  Font and spacing aku rasa sesuai. Takde la sape-sape yang rabun terkebil-kebil nak baca. Gambar pun relate dengan topik. Cuma kali ni tak jumpa gambar lisa surihani and dania daniel.

or “”.9.  Bahasa yang AE gunakan agak mudah dan santai. Takdelah kita terkial-kial nak paham macam baca buku-buku yang terlalu complicated bahasanya. Senang untuk difahami dan ada keyword yang penting tandakan dengan italic 

10.  Penulisan ebook ni adalah berdasarkan pengalaman. So, memang menarik. Pengalaman itu memberikan gambaran sebenar proses pembelian dan pelaburan dalam hartanah kepada aku.

11.  Of course, generally, ebook ni memberikan aku pertambahan ilmu yang berguna dunia dan akhirat.

12.  Lastly, ebook ni jugak dapat mengurangkan tax yang dikenakan kepada aku oleh LHDN. Hahahahhaahaha… (tapi ebook boleh ker? Tolong jawab AE)

Sekian, terima kasih





No comments:

Post a Comment