Nuffnang Ads

Sunday, August 29, 2010

Looking for new property

Salam,

Hari ni adalah hari ke-19 umat Islam berpuasa. Dah nak masuk fasa pembebasan dari api neraka. Subhanallah.. Kekalahan aku dalam auction jumaat lepas dah tak terasa. Sikit-sikit lenyap. Tiba-tiba rasa macam malas nak beli property lagi. Tapi tak kan aku nak mengalah sebelum berjuang, no way man.. Kalah atau gagal sekali bukan kalah atau gagal selama-lamanya. Itu prinsip yang perlu dipegang.

Terfikir jugak untuk stop beli rumah tahun ni. Nak tunggu tahun depan dulu hingga ada deposit banyak sikit. Sebab rasanya aku nak jual kereta wira aku (adik aku sambung bayar) dan aku nak pakai duit beli kereta cash. Nak beli proton saga jer, dalam RM4k - RM5k. Malas nak bayar installment lagi. Duit installment wira tu bolehlah simpan, tuk invest in property.

Tapi kalau ada peluang yang bagus, why not aku sambar kan? InsyaAllah, kalau ada unit/rumah yang menepati citarasa, aku cuba belilah. Wife akupun beri galakan untuk ini. Yelah, hasilnya untuk dia jugak kemudian hari.

Saturday, August 28, 2010

Kalah Bermaruah

Ya, dengan tajuk di atas semua tahu yang aku kalah bid semalam. Sedih memanglah sedih, tapi nak buat macam mana, bukan rezeki aku. Lagipun ni first time aku masuk auction.

Sambil tunggu news dari agent, aku terlelap kejap. Lepas solat Jumaat tu, mata pedih gila. Then agent call kata ada seorang je competitor. Die kata nak kaw team, so tanpa pikir panjang aku kata ok. Aku kata, bagila dua tiga ratus. Agent aku kata, tak cukup. Then dia suggest seribu. Aku kata on. Lepas berbincang, agent tu nak RM1500 atau dia bagi kitaorang RM1000 untuk kita jangan bid. Maknaya aku dapat RM500, agent aku dapat RM500. Aku kata tak nak la, kalau RM1200 ok la. Lepas tu wife aku tahu and nasihatkan aku jangan buat macam tu. Buatlah dengan cara yang betul. Ya Allah, aku baru sedar. Cepat-cepat aku sms agent tu tuk bid je. Tak mau kaw team. So, die respect my decision and bid.

  Pastu dia call kata aku kalah. Alhamdulillah, at least keputusan aku tak nak kaw team tepat. Maknanya Allah sayangkan aku supaya jangan melakukan maksiat untuk mengejar dunia. Walaupun kalah, harta dunia, tidak tergadai harta akhirat. Alhamdulillah sekali lagi..

Pengajaran yang dipelajari:

1. Janganlah bersekongkol dengan ulat-ulat lelong ni. Mereka suka mengambil kesempatan terhadap orang-orang macam aku ni.
2. Jangan juga percaya kata-kata agent, mungkin juga diaorang hanya mempergunakan bank draft and deposit kita untuk buat duit. Padahal tak masuk bid pun untuk kita.
3. Jangan sekali-kali gunakan agent kerana kita tak tahu apa yang berlaku semasa auction.
4. Jauhi segala kemungkaran kerana harta yang diperolehi dari sumber yang haram adalah tidak berkat. Api neraka adalah balasannya.
5. Tetapkan niat kerana Allah swt.
6. Mesti percaya kepada qada' dan qadar Allah. Rezeki adalah datang dari-Nya

Friday, August 27, 2010

Info Dari Agent..

Semalam, masa tengah tunggu buka puasa, aku dapat sms dari si agent, Gina namanya. Dia cakap setakat petang semalam, bank tak call of property tu. So, akan dilelonglah apartment itu, bersabarlah tuan rumah.. Then, under companynya ada 3 orang sudah register. So, ade competition la. Tu tak termasuk yang persendirian. But she said, these 3 persons not sure will turn up. So, aku terfikir, adakah ini mainan geng-geng si agent ni. Yela, mungkin diaorang kaw team sama-sama dieorang. Bagi menang kat sapa yang nak bid paling tinggi. Takpun si ulat 'paw' duit dari mereka yang betul-betul berminat dengan apartment tu.

Situasi 1
Contohnya macam ni. Katakan ada 4 orang yang bid. Masing-masing ni dah tau limit client dieorang. Reserve price $30k, Si A limit to $40k, B $45k, C $37.5k and D $48k . Katakan komisyen yang dieorang akan dapat adalah berdasarkan nilai kemenangan. Bermaksud si D lah yang akan mendapat komisyen yang paling tinggi jika menang. Maka dieorang pakat-pakat untuk bid dan bagi kemenangan kepada si D. Dengan $48k, si D mendapat komisyen 2% (anggaran percent yg diperolehi) iaitu $960. Then dia bagi lah kepada si agent 3 orang tadi RM100 seorang. Banyak apa. Then si 3 orang agent ni beritahulah kepada client meraka ni yang meraka kalah. Padahal mereka kalah disebabkan berpakat. Senang-senang dapat duit RM100. Itu kalau satu unit. Kalau banyak unit, bukan ratus-ratus dieorang dapat.


Situasi 2
Situasi ni mungkin berlaku sebelum si pembida mendaftar untuk auction. Katakan ada 4 orang bidders. Si A, B and C adalah ulat. Si D betul-betul berminat dengan reserve price RM30k dan menetapkan limit $40k. So, si A, B and C jumpa si D dan cakap jika tak nak diorang bid, hulurlah seratus dua. Kalau tak, mungkin D tak menang dan kalau menangpun dengan harga yang tinggi. So, si D bagi dalah $200 seorang kepada mereka.

a. Masa auctions, si D menanglah dengan harga reserve price $30k tanpa ada bidder lain. Ingat, mungkin si A,B and C tarik diri lepas dapat $200 tu atau mungkin mereka memang tak nak bid untuk rumah tersebut. Mereka saja-saja acah kita untuk kebas duit kita sebelum register tu.

b. Mungkin masa auction dieorang masuk juga. Meaning that dieorang tipu kita. Mungkin dieorang punya limit lagi tinggi melebihi limit kita. Then, katakan dieorang menang, so, berputih matalah kita. Dahla $600 hilang, rumah pun tak dapat. Mungkin ada yang kata, tak malu ke si A, B and C tipu and register jugak. Kawan, apa mau malu, dunia sekarang memang macam tu, terlalu kejam. Tambah pulak kalau si agent tu 'cha ya nun alif'..

Situasi 3

Mungkin juga agent kita tu kaki paw. Katakan dia seorang saja yang bid mewakili kita. Then dia call kata boleh kaw team dengan sorang lagi agent yang tak wujud. Then kita pun bayar. Padahal duit tu masuk poket dia. Dengan senang hati dia kata kita menang tanpa bertanding. Huhuuhuuuuuu...

So, aku masih terpikir adakah aku tidak termasuk dalam situasi di atas. Atau aku adalah si D dalam kedua-dua situasi. Mungkin aku mangsa si agent A, B and C. Nauzubillah..

Thursday, August 26, 2010

Nervous

Hari ni aku ada satu post satu karya aku yang agung.. hahahaaa... Sila-sila lah hayatinya. Mungkin ada terkena atas batang hidung korang atau kawan-kawan korang. Hari ni aku still tak senang duduk. Maklumlah esok agent masuk bid untuk aku. Harap-harap menang kurang dari 40k. Reserve price 36k. Hmm, tawakal je lah..

Bila U nak I & Bila I nal U

 Bila u nak i,

Hari-hari datang bertandang
Tak kira malam atau siang
Setiap masa boleh dibawa sembang
Puji-pujian dihambur tak lekang
Semua yang i kata u tak akan bangkang
Semua yang i bangkang semua u tak tentang
U kata akan sentiasa berada di depan dan belakang
Walau dihina, dikeji atau dibuang
Kalau orang benci u akan sayang...

Kata u, jangan risau pasal wang
Breakfast, lunch, dinner biar u sahaja yang sumbang
Apatah lagi kalau nak karaoke atau tengok wayang
Semua yang i nak bayar u larang
Katanya u suka buat kawan-kawan riang..

Kalau ada bisnes pulak, katanya nak tumpang
Kalau buat ramai-ramai baru boleh berkembang
Untung plak biarlah seimbang
Walaupun kerja yang u buat boleh dibilang...

Bila i nak u,

Masa tu u lari lintang pukang
Kalau nak jumpa, u kata tak boleh datang
Macam-macam helah yang u pasang
Kalau selisih bahu pun u dah tak nak pandang
Apatah lagi kalau nak ajak bersembang
Tak boleh bazir masa, u kata masa itu wang
Dibelakang i macam-macam u pi canang
Dari dalam kain sampai yang terang benderang
Kat kawan-kawan u kata i ni insan malang
Kalau buat kawan, nanti hidup tak akan senang

Kalau nak ajak minum pun tak boleh sampai petang
Kalu dulu boleh minum free tapi sekarang kena kira hutang
Nak pinjam duit u kata u pun hutang keliling pinggang
Katanya, wallet pun dah kering kontang

Kalau nak join bisnes u, u kata dah cukup orang
Kalau nak join, tunggu bisnes yang dia tengah rancang
Tapi untung jangan pulak nak kencang
Semuanya u yang akan bentang
Kalau i dapat 1%, jangan pulak nak meradang
Kata u, i ni jenis 'kaki goyang'
kerja malas, idea tak bernas dan jangan harap nak senang lenang

Wednesday, August 25, 2010

Valuation Report and Loan Agreement document

Semalam, tengah duk buat kerja kat ofis, tiba-tiba phone aku berdering ring tone lagu saleem iklim gitu. Tengok number, number area bangi. So, mesti pasal rumah ni. Rupanya lawyer tuk loan agreement aku. Dia cakap nak pos loan agreement documents. So, aku bagila alamat ofis. Nak bagi alamat rumah payah pulak, coz rumah sewa. Dalam sebulan dua ni baru pindah rumah yang aku beli atas nama bini aku. Aku nak buat loan goment tak boleh, tak confirm lagi, beli under nama bini aku.

   Actually lawyer tuk S&P and loan agreement adalah lawyer yang berbeza.  Asalnya aku appoint lawyer A tuk S&P, nampak macam bagus, coz lawyer yang uruskan conveyancing ni perempuan. So, aku rasa macam boleh percayala. Dia cakap panel tuk CIMB jugak coz aku nak buat loan ngan CIMB. Tup-tup bila loan aku lulus dia cakap contract dengan CIMB dah expired. Hampeh betul.. So, terpaksa la aku appoint lawyer lain. Aku minta bank officer tu tolong carikan. So, fee aku mungkin banyak daripada apa yang aku jangkakan.Tuk rumah yang no.2 (bukan rumah tuk bini no. 2) aku nak appoint lawyer lainla, senang sikit nak berurusan dan jimat sikit pulus... Hm, pengalaman yang akan memberikan pengajaran.

   Pastu balik dari solat zuhur aku tgk ada satu miscalled. Dari Valuator. Aku call balik, die cakap dia baru balik visit rumah tuk buat valuation report. Tapi dia cakap ade masalah. Rumah tak ada orang. Dia beri salam tapi tak berjawab. Yang peliknya rumah tak berkunci. So, dapatla dia ambil gambar ruang tamu sahaja dari angel luar. Katanya, bos die suruh siapkan hari tu jugak. Hahahhaaa... Gelak aku dalam hati. Dia ada call owner minta tolong call penyewa untuk bagi kerjasama, tapi owner call penyewa tak berangkat jugak. Ai, jangan ada kes bunuh cukup, Nauzubillah..

   Actually, menurut owner, penyewa ni kerja guard. Wife dia kerja kilang and ada anak perempuan sorang. Anak dia yang bongsu, meninggal sebab demam panas. Owner cakap sewa memang dia bayar cuma kadang-kadang terlewat. Biasala, pendapatan sederhana dan mungkin ada  masalah. Kita sebagai landlord kena la tolak ansur. Harap-harap, penyewa aku ni dapat memberikan komitmen sepenuhnya pada aku kelak bila urusan jual beli rumah ni selesai. InsyaAllah..

Tuesday, August 24, 2010

First Time Beli Rumah

Dalam 1st post aku cerita yang aku start berkecimpung dalam bidang property ni setelah aku beli satu buku pasal hartanah tulisan Shamsuddin Kadir. So, bertitik tolak dari tu, aku pun mula searching rumah. Mula2 usha area bandar seri putra n mahkota kat bangi. Sesetengah orang kata ok, setengah kata tak ok. Bagi aku yang ok sebab die dekat dengan highway and yang tak ok sebab jauh dari area lain yang membangun. Ada la jugak contact sorang dua yang advertise dalam mudah, tapi bila pikir2 balik, rasa cam tak boleh masyuk. So, aku batalkan niat aku.

    Then aku target betul2 bandar baru bangi kat UKM. So, aku list down semua iklan dalam mudah, call beberapa person, then at last aku aku dapat satu rumah yang aku berkenan. Mula2 aku call tuan rumah tak berangkat, so aku letak tepi lah rumah tu. Satu hari tu tergerak hati untuk call, then pastu aku setuju tgk rumah. Aku rasa aku visit masa cuti sekolah bulan 6 hari tu. Anak bini aku balik kampung, so senanglah aku pi visit.

   Owner ni kerja kat Jaring, manager. Ada la die cerita ada 3 4 bijik rumah, so cam investor gak. Nak jual rumah ni coz die nak let go satu rumah. Mungkin nak bukak bisness kot. Sehari lepas visit aku pun appoint lawyer and deal tuk beli. Harga tak boleh cakap la.. ahhahaaa.... Next process next post.. Tunggu

Monday, August 23, 2010

Visit

Sabtu lepas aku pi visit rumah lelong yang aku aim ni.. First time aku pi visit tuk rumah lelong. Mula2 tu tak berapa berani jugak nak ketuk pintu, tapi aku ketuk jugak. Gentleman laa... hahahhaaa.. Sebelum tu aku sempat jugak tanya orang sebelah, tengah duk sidai kain. Dia kata budak bujang2 sewa, adik beradik. So, lagi la berani aku ketuk. Die pun tau rumah tu nak kena lelong.

Tup tup, yang keluar budak perempuan. Lagi la seronok aku, budak perempuan kan senang bayar sewa. Die pun tau rumah tu nak kena lelong. Die duk study UPM. So, aku mentioned la niat aku ketuk rumah tu. Yang aku terkejut, die pun nak masuk auction tu. Huhuuu.. So, ade competitor la aku.. So aku ckp kat die, ade rezeki dia, dia dapatla, ade rezeki aku, aku dapat la. Aku sempat jugak tanya sewa rumah tu, die cakap RM330. Hm, boleh tahan jugak.

Then aku jumpa Gina, agent yg tolong aku pi bid jumaat ni. Si Gina ni full time, husband die part time, anak sorang. Jumpa kat Shell Jalan Reko. Ada la dalam 15 minit duk bincang, dalam kedai Shell je, habis orang perati. Kena tambah RM50 tuk Proclamation of Sale, menggantikan S&P. Aku serah bank draft, cash n surat wakil. Selesai tu aku gerak tempat yang slalu aku lepak masa sekolah n universiti dulu, Mines Shopping Fair.. So, pastu gerak balik ke Bentong, my hometown to break fast.

Friday, August 20, 2010

Property

Salam,


Ini adalah post aku yang pertama pasal property ni. Sebelum ni ade dah ada blog, cuma private punyer. Yang ni special pasal property. Sebenarnya aku tak sangka aku boleh terjebak dalam property investment ni. Kalau tak kerana aku beli sebuah buku pasal property, maybe aku xkan beli rumah, and buat blog ni...

Kalau tak silap aku, aku beli buku yang ditulis oleh Shamsudin Kadir dalam bulan 4/2010. Kalau nak confirm aku kena cek buku tu, coz setiap kalu beli buku, aku akan tulis tarikhnye di first page (ikut style pak mertua). Sejak tu aku strat byk beli buku, terutamanya azizi ali. So, memang menarikla.. Then start bulan 6 sampai sekarang bulan 8, dah nak masuk 2 rumah aku nak beli.

Actually dalam blog ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman beli and melabur dalam property. Aku baru lagi menceburkan diri dalam bidang ni. Coz aku tak pandai berniaga, so nak dapat income lebih dengan cara ni la. Walaupun duit makan gaji tu cukup, tapi tak boleh nak hidup senang dan yang penting tak boleh nak beat kaum2 lain yang berjaya. Kalau kita orang melayu tak conquer, nanti anak2 kita tak mewarisi apa2. Lagi satu, bukan setakat bangsa je yang miskin, agama pun tak terbela. Ye la, jika ekonomi Islam x maju, macam mana Islam nak berjaya, coz Islam meliputi segala2 nya, bukan setakat duduk atas tikar sejadah, Nabi tak ajar macam tu, Nabi ajar untuk berjaya.

Aku dah ikut beberapa forum yang aku rasa amat menarik contohnya, abang ensem's blog dan yang seangkatan dengannya, website auction dan yang berkaitan dengan pinjaman. Makin dibaca makin banyak yang tak tau, maksudnya ilmu itu banyak dan luas. Keep reading. Ceeeewahhh. Jika ada sapa2 yang terbaca blog ni and anda adalah insan yang terlibat dengan property, boleh lah bagi comment kepada hamba yang baru ini.

Mungkin hari2 aku kena update and post something dalam blog ni, ikut cara abang ensem..hehheee..Ok, cowww..

See me on next post