Nuffnang Ads

Wednesday, August 25, 2010

Valuation Report and Loan Agreement document

Semalam, tengah duk buat kerja kat ofis, tiba-tiba phone aku berdering ring tone lagu saleem iklim gitu. Tengok number, number area bangi. So, mesti pasal rumah ni. Rupanya lawyer tuk loan agreement aku. Dia cakap nak pos loan agreement documents. So, aku bagila alamat ofis. Nak bagi alamat rumah payah pulak, coz rumah sewa. Dalam sebulan dua ni baru pindah rumah yang aku beli atas nama bini aku. Aku nak buat loan goment tak boleh, tak confirm lagi, beli under nama bini aku.

   Actually lawyer tuk S&P and loan agreement adalah lawyer yang berbeza.  Asalnya aku appoint lawyer A tuk S&P, nampak macam bagus, coz lawyer yang uruskan conveyancing ni perempuan. So, aku rasa macam boleh percayala. Dia cakap panel tuk CIMB jugak coz aku nak buat loan ngan CIMB. Tup-tup bila loan aku lulus dia cakap contract dengan CIMB dah expired. Hampeh betul.. So, terpaksa la aku appoint lawyer lain. Aku minta bank officer tu tolong carikan. So, fee aku mungkin banyak daripada apa yang aku jangkakan.Tuk rumah yang no.2 (bukan rumah tuk bini no. 2) aku nak appoint lawyer lainla, senang sikit nak berurusan dan jimat sikit pulus... Hm, pengalaman yang akan memberikan pengajaran.

   Pastu balik dari solat zuhur aku tgk ada satu miscalled. Dari Valuator. Aku call balik, die cakap dia baru balik visit rumah tuk buat valuation report. Tapi dia cakap ade masalah. Rumah tak ada orang. Dia beri salam tapi tak berjawab. Yang peliknya rumah tak berkunci. So, dapatla dia ambil gambar ruang tamu sahaja dari angel luar. Katanya, bos die suruh siapkan hari tu jugak. Hahahhaaa... Gelak aku dalam hati. Dia ada call owner minta tolong call penyewa untuk bagi kerjasama, tapi owner call penyewa tak berangkat jugak. Ai, jangan ada kes bunuh cukup, Nauzubillah..

   Actually, menurut owner, penyewa ni kerja guard. Wife dia kerja kilang and ada anak perempuan sorang. Anak dia yang bongsu, meninggal sebab demam panas. Owner cakap sewa memang dia bayar cuma kadang-kadang terlewat. Biasala, pendapatan sederhana dan mungkin ada  masalah. Kita sebagai landlord kena la tolak ansur. Harap-harap, penyewa aku ni dapat memberikan komitmen sepenuhnya pada aku kelak bila urusan jual beli rumah ni selesai. InsyaAllah..

6 comments:

  1. Dalam RM500 ke RM700 la..
    tapi boleh kaw team.. Aku kena caj RM570, aku minta dapat RM500.

    ReplyDelete
  2. Mana boleh Kawtim.

    Apa hukum Kawtim ?

    ReplyDelete
  3. tuanbri: kawtim hamba di atas bermaksud nego valuation fee, bukan nego tuk naikkan harga dalam valuation report..

    ReplyDelete
  4. firdaus - memang betul. memang aku ckp pasal valuation fee. tapi valuation fee kan dicontrol oleh LPPEH ?

    Apa persaan kita kalau boss kita kawtim pasal gaji kita ?
    eh, saya byr awak RM1,500 je la, okay ?(walaupun gaji ialah rm1,800)
    hehehe...sama je dalam konteks rumah lelong.

    Conclusion:kalau pegangan NO KAwTIM, Semua benda No KawTim. Kenapa ada pengecualian ?

    p/s:jgn terasa lak...hehehe

    ReplyDelete
  5. tak terasa pun tuanbri. Aku terbuka dengan semua pandangan. Thats y aku tanya tuanbri yang memang pakar dalam lelongan. Coz aku tanya banyak orang, semua memberikan jawapan yang ragu2.. Lagipun aku baru nak try invest kecil-kecilan. Yelah, yang tak pasti, tak yakin, kenalah tanya pada yang mahir.. Kritikan pedas, masam, manis aku tak ambil kisah pun, coz nak blaja..

    ReplyDelete