Nuffnang Ads

Tuesday, October 19, 2010

Kesilapanku Yang Harus Dipelajari



Salam,

Dalam episod kali ini, aku nak cerita sedikit kesilapan yang telah aku lakukan semasa membeli rumah pertama untuk tujuan pelaburan (buy-&-rent). Kadang-kadang bila difikirkan, ianya bukannya kesilapan tetapi lebih kepada kekurangan ilmu sebelum menceburi bidang ini. Dengan merujuk beberapa buah buku sahaja, aku telah membuat keputusan untuk membeli sebuah low cost flat di Bandar Baru Bangi. Berikut adalah beberapa point yang aku rasa boleh dielakkan jika aku membaca lebih banyak buku dan berjumpa dengan AE lebih awal, antaranya:

1. Status apartment tersebut adalah leasehold dan belum dipecah milik kepada strata title. Memang tidak dinafikan ianya bukanlah isu yang besar, tetapi disebabkan ianya leasehold dan low cost, proses tukar milik mengambil masa yang terlalu lama. Sampai sekarang masih menunggu kebenaran dari pihak bewajib/berkuasa negeri Selangor.

2. Tempoh pinjaman aku terlalu singkat iaitu 20 tahun. Tempoh yang terlalu pendek ini menyebabkan cash flow akan menjadi negative. So, dimana untungnya? Tetapi bagi tujuan beli dan jual (flipping) ia mungkin akan menguntungkan. Masalahnya aku melabur untuk mendapatkan passive income.. ayoyo, kena refinance lah lepas ni. Tapi aku kena bersyukur gak, kalau aku refinance, mau boleh dapat RM10k dalam tangan.

3. Solution kepada point ketiga ini juga adalah refinance. Aku telah membuat bayaran 10% deposit kepada penjual walaupun dia tidak kisah jika aku membuat pinjaman penuh 100% atau mark-up loan. Aku je yang beria-ia nak bayar 10%. Hm, kan banyak kena keluar duit. Kalau tak, bolehla aku simpan duit tu untuk usha rumah lain. Pengajaran yang berguna..

4. Jangan mempercayai legal firm terlalu cepat. Periksa latar belakang legal firm dengan teliti dulu. Aku dah kena kencing macam aku pernah cerita dalam post yang lepas dimana dia kata syarikatnya panel pada pembiaya aku, alih-alih bila tiba nak buat loan agreement, rupanya dah expired. Dah kena cari legal firm lain. Hampeh punya Z*** & Co.

Terdapat banyak perkara lagi yang perlu kita teliti sebelum membeli rumah. Apa yang aku highlight kat atas adalah perkara yang aku alami sendiri dan mungkin berguna bagi mereka yang lain. Ingat, belajar dulu dari yang pakar dan banyak membaca. Namun apa jua kesilapan yang kita lakukan, ianya adalah satu ilmu yang amat berguna..


Monday, October 18, 2010

Pasaran Hartanah di Pekan


Salam,

Sebelum ni aku dan beberapa colleague pernah berborak pasal isu pasaran hartanah di Pekan. Pekan adalah destinasi indah di mana kami semua diarahkan berpindah dan bekerja bermula 1 Julai 2009. Aku masih ingat tarikh tu. Selepas kekecohan berkaitan dengan fasiliti etc. telah redha, ramailah kakitangan di sini termasuk colleague aku merancang dan telah membeli lot-lot tanah bagi tujuan pelaburan jangka panjang atau untuk didirikan rumah persendirian. Dulu satu lot (aku tak  pasti saiznya) boleh dapat RM18k, tetapi sekarang mencecah RM36k. Bermakna tuan tanah mengambil kesempatan terhadap kekalutan staf-staf UMP mencari tanah untuk kediaman. Di sini aku ingin menyatakan pendapat aku yang mana mungkin tidak dapat dipersetujui oleh ramai orang. Antaranya:

1. Jika tujuan pembelian lot tanah bagi tujuan membuat rumah kediaman,  aku bersetuju dan ianya amat baik. Tetapi perlu diingat, aku bersetuju atas dasar lokasi adalah dekat dengan UMP Kampus Utama Pekan. Jika diasaskan kepada faktor fasiliti, aku tidak bersetuju. UMP Kampus Utama Pekan dibina kira-kira 20km dari Bandar Pekan dan 50km dari bandar Kuantan. Sesiapa yang urban dan dilahirkan dengan cara hidup di kota, mungkin tidak dapat adapt persekitaran sebegini. Buat masa ini, ianya dilingkupi oleh kawasan kampung yang rata-ratanya penduduk bekerja sebagai nelayan, petani dan penternak lembu dan kambing yang 'berjaya'. Kalau nak clubbing, dalam rumah je lah jawabnya. Dua puluh tahun akan datangpun pada pandangan peribadi aku, ia akan tetap seperti ini. Lihat sajalah pembangunan di UMP Kampus Utama Pekan ini, hanya dua fakulti sahaja yang siap dan beroperasi. Fakulti dan pembangunan lain masih perlahan dan aku merasa ragu akan kesudahannya.

2. Jika ada yang membeli tanah lot bagi tujuan pelaburan jangka panjang, aku kurang bersetuju dengan tindakan ini. Mereka mengkiaskan situasi ini seperti di kawasan UPM, UTM, UM, UKM, dan USM. Di UM, ia terletak di tengah-tengah kota yang sudah menjadi lubuk emas dalam bidang hartanah. Di UTM, ia terletak berhampiran dengan kota Johor Bharu, terletak di tepi Lebuhraya PLUS yang menjadi laluan utama KL - JB/Singapura. Di UPM dan UKM, ia menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini kerana terletak di pinggir kota yang mudah di access melalui jaringan komuter dan LRT, berhampiran dengan beberapa lebuhraya, berdekatan dengan kawasan perindustrian dan boleh dikatakan menjadi tumpuan bagi mereka yang inginkan kawasan kediaman yang jauh dari kota. Dan sudah pasti di USM, ianya terletak di tengah-tengah laluan utama dan berdekatan dengan pusat pentadbiran dan pelancongan. Situasi ini berbeza dengan UMP Kampus Utama Pekan. Ada yang mengatakan ia menjadi laluan utaman Kuantan - Johor Bharu. Jika ini dijadikan alasan, mengapa sebelum ini tiada lebuhraya yang selesa dibina jika perhubungan Kuantan - Johor Bharu itu penting? Jika ia boleh dijadikan hujah sekalipun, namun lokasi UMP Kampus Utama Pekan yang terletak di Kuala Sungai Pahang pada hemat aku tidak dapat menjadikan kawasan ini lubuk emas dalam bidang hartanah.

3. Jika ada peningkatan nilai hartanah sekalipun, aku tidak merasakan ianya mencecah 10% peratus setahun. Ramai juga yang membeli hartanah disini dengan membuat pinjaman bank secara personal bagi membiayai hartanah di sini. Jika interest yang dikenakan mencecah 5%, berapalah untung yang kita dapat jika kenaikan nilai hartanah sekitar 5-7%.

4. Bagi aku ramai yang melakukan kesilapan dengan menganggap harga pasaran hartanah di Pekan pada landasan yang betul. Spekulasi yang menyatakan kepesatan dan pembangunan bandar Pekan adalah disebabkan adanya UMP Kampus Utama Pekan, Pekan adalah tempat PM, laluan utama Kuantan - JB serta bandar Diraja, bagi aku tidak tepat. Jika ditanya pada valuer, mesti harga sekarang tidak masuk akal. Ini pun berlaku di sekitar Kuantan di mana harga rumah terlalu mahal dan bagi tujuan beli-sewa hendak dipraktikkan, tiada positive cash flow akan diperoleh.

Point di atas adalah pendapat aku berdasarkan pemerhatian aku buat masa ini. Jika aku melihat dan memperoleh beberapa faktor baru lain yang boleh mengubah pendapat aku ini, aku akan paparkan dalam post yang akan datang.

Sekian....


Friday, October 15, 2010

Homestay..


Salam

Masa aku ngeteh dengan AE pada 5/10/2010 yang lepas, aku teringat dengan satu pandangan AE iaitu property investment di luar Klang Valley tidak membolehkan kita mendapat passive income dengan konsep beli dan sewa. Yelah, aku kan tinggal di Kuantan, terselitlah perkara-perkara macam ni. Kalau sesi ngeteh tu melibatkan mereka yang tinggal di sekitar Klang Valley sahaja, no point dibincangkan perkara sebegini. Sebagai contoh, harga rumah di Kuantan adalah terlalu mahal dan kadar sewaan pula terlalu rendah. Untuk mendapat hasil sewaan yang positive adalah agak mustahil.

Aku setuju dengan AE iaitu pelaburan di luar Klang Valley boleh dibuat tetapi untuk tujuan perkhidmatan homestay. Di taman aku sekarang ni, memang ada mereka-mereka yang menghidupkan konsep seperti ini. Ada yang sanggup menyewa dari tuan rumah semata-mata untuk dijadikan homestay. Mungkin masyuk jugak perkhidmatan homestay di Kuantan ni. Tetapi bila difikirkan kembali, ada beberapa point yang boleh aku highlight kan, antaranya:

1. Tiada jaminan kita akan mendapatr positive cash flow kerana bergantung kepada jumlah pelanggan setiap bulan. Tetapi jika setiap minggu ada permintaan terhadap homestay kita, mungkin lebih besar keuntungannya berbanding dengan konsep sewaan.

2. Hanya ada waktu-waktu tertentu yang mungkin boleh mendatangkan positive cash flow terutamanya sekitar cuti sekolah, convocation, kenduri kendara etc.

3. Bil-bil elektrik, air, astro etc. ditanggung oleh kita. Koman-koman RM100 hingga ke RM200 sebulan.

4. House maintenance ditanggung oleh tuan rumah. Cuci langsir, cadar, mop lantai, basuh bilik air harus dilakukan setiap kali customer check-out. Itu tidak termasuk dengan kos kerosakan rumah yang ditinggalkan oleh customer tanpa diberitahu seperti tingkap pecah, tv rosak dikerjakan oleh anak-anak mereka dan sebagainya.

Hm, perit jugak bila memikirkan perkara-perkara kat atas. Tapi apa pun kenalah tanya mereka yang pernah dan sedang menjalankan business seperti ini. Akupun terasa ingin mencuba, tetapi biarlah aku menjayakan misi utama aku iaitu untuk membuka cawangan beli dan sewa di sekitar Klang Valley. Walaupun jauh, namun hasilnya lumayan dan risikonya rendah, InsyaAllah.. Wallahu ‘alam..


Satu Rumah Satu Tahun


Salam,

Hari rabu lepas, tengah aku duk cleaned up white board lepas ngajar students yang aku sayangi, tiba-tiba ada sorang student tanya kat aku satu soalan. “Hari tu encik jumpa abangensem yer?”. Terkejut gak aku. Macam mana mamat ni tau, mesti selalu usha blog AE, detik hatiku (cam hampeh ayat). Pastu baru teringat yang mamat ni la kirim salam kat aku through AE hari tu. Aku ingat yang kirim salam kat aku tu student yang dah tamat belajar. La, mamat ni rupanya.. Lagipun budak ni aku pernah ajar masa short semester, subject Dynamics.

Borak punya borak dengan budak ni, terpacul satu ayat dari mulut mamat tu yang membuatkan aku ingin mengirimkan post ini. Bunyinya, “Encik mesti dah ada banyak rumah”. Hm, kalau aku kelentong mesti die percaya, ahahhaaaaa..

Actually aku baru ada satu rumah yang sedikit masa lagi selesailah urusan jual belinya. Cuma menunggu kebenaran bertulis dari pihak berkuasa negeri Selangor. Aku bukannya lama dalam property investment ni. Baru nak mula dan banyak belajar dari AE. Tapi aku rasa bangga jugalah sebab AE pernah kata kat aku, “Kira ko berani jugaklah lepas baca-baca buku terus berani beli rumah. Kawan aku yang dua orang ni (Brader Mill n Man Kuala), tak berani macam ko”. Lebih kurang camtu lah bunyinya.

Selepas sesi ngeteh ngan AE ari tu, aku dah tetapkan goal aku. InsyaAllah, aku akan cuba usaha dan capai. Satu Rumah Satu Tahun. Kalau tak tercapai, aku hanya redhalah dengan ketentuan Allah. So, banyak lagi aku kena belajar terutamanya dari AE, tuanbri dan yang seangkatan dengannya. Tengah tunggu post AE pasal top up loan. Dan nak apply apa yang AE tulis dalam ebooknya beli rumah tanpa keluarkan modal. Hehehheeee…

Special thanks to AE and tuanbri (ada masa nak jumpa dengan otai ni)….


Thursday, October 14, 2010

Kawteam Punya Cerita..



Salam,

Semalam aku ada baca satu post dalam blog faris tak silap aku (maaf jika tersalah). Post pada tahun 2009. Member kamcing kepada tuanbri di alam maya ini, aku rasa, sebab aku tak pernah jumpa dieorang. Pasal kawteam masa lelong. Pasal isu ni aku cuma nak bagi pandangan dan pegangan aku sebagai seorang Islam. Aku pernah melantik agent untuk mewakilkan aku untuk satu sesi lelongan di Tancorp, tapi kalah dan menghadapi situasi yang sama. Pengalaman kawan aku masa lelongan pun akan aku sentuh jugak. Berikut adalah point aku:

1. Jika ada sikit pembida sahaja dan semuanya Melayu Islam (cth: Aku dan AE dan max limit AE melebihi max limit aku)

Kalau max limit si AE melebihi bajet aku, aku akan surrender lah. Sebagai contoh, reserve price RM30k, max limit aku RM50k dan AE RM70K. Ini semua atas dasar kepercayaan dan kenalan. Tapi aku tak akan ambil offer yang ditawarkan oleh AE, kerana aku kurang pasti samaada duit itu halal, haram (rasuah) atau syubhah. Kerana ada kawan aku yang pernah menghadapi situasi ini. Pada mulanya dia ambil offer tersebut tanpa rasa bersalah atau ragu-ragu. Tapi setelah lama bergiat dalam bidang ini, dia mula merasakan bahawa duit kawteam itu yang membuatkan dia rasa tidak tenang. Oh, Ya Allah, pandulah aku..

2. Jika ada sikit pembida sahaja dan semuanya Melayu Islam (cth: Aku dan AE dan max limit aku melebihi max limit AE)

 Situasi ini berbeza dengan situasi di atas dimana max limit aku melebihi max limit AE. Sebagai contoh, reserve price RM30k, max limit aku RM70k dan AE RM50K. Sudah pasti AE tahu yang dia akan kalah dan menawarkan aku untuk tarik diri dengan bayaran tertentu. Aku pasti akan bersetuju jika dan hanya jika AE menarik diri tanpa meminta apa-apa bayaran. Jika dia berkeras juga untuk bid dengan tujuan bengang kat aku kerana tidak bersetuju dengan tuntutannya, aku redha lah. Walaupun aku akan membeli dengan harga yang tinggi. Mungkin akan ada yang berkata, "eh, kalau kau bagi sikit pulus kat dia, sudah tentu ko dapat reserve price, dua-dua pihak dapat untung". Oh kawan, dalam hidup ini, bukan duit menjadi ukuran semata-mata, tetapi keberkatan.


3. Jika terlalu ramai pesaing (tidak kira apa bangsa atau max limit)

Aku tak akan kawteam kerana kita datang untuk memperolehi rumah itu dengan cara yang sah. Tidak timbul soal kita menganiaya bangsa kita atau sebagainya. Asalkan ia tidak berdosa, mengapa kita mahu marah. Lagipun, jika si pesaing adalah wakil kepada klien yang baru nak beli rumah, adakah anda percaya duit kawteam itu dikongsi dengan si klien. Ataupun si agent itu masuk poket sendiri dan menyatakan kepada si klien yang mereka kalah dalam auctions. Bagaimana jika si klien betul-betul mahu rumah itu. Bagi aku memberi offer atau menerima offer kawteam akan merosakkan satu muamalat yang bersih.. Lagi satu, jika diantara mereka itu ulat semata-mata, terkenalah aku. Ini dunia yang penuh penipuan, kita harus berhati-hati.



Kepada mereka yang mempunyai pendapat yang berlawanan dengan aku dan menyinggung perasaan korang, aku minta maaf. Aku bukannya arif seperti tuanbri, matjoe, AE, faridzaswadi, farid adam, pie2020 dan yang seangkatan dengannya. Mungkin korang pun dah minta pandangan ustaz-ustaz yang bertauliah pasal ni. Jika pandangan anda berlainan dengan aku, serta didatangi dengan hujah yang kukuh dari segi syarak nya, mungkin aku juga akan terima. Ialah, aku bukannya berilmu sangat. Aku cuma memberikan pendapat sahaja dengan sedikit ilmu dan nasihat dari rakan-rakan. Untuk terima atau tidak, terserahlah kepada individu itu sendiri. Fikir-fikirkan..

p/s: tuanbri, matjoe, AE, faridzaswadi, farid adam, pie2020 ===> aku nak jadi cam korang..


Tuesday, October 12, 2010

Kenapa Perlu Guna Agent?


Salam,

Post ini bukannya post pasal hartanah yer...Hehehheheeee...

Buat sesiapa yang ingin membeli kereta 2nd hand dan bercita-cita untuk menukar nama, merenew insurans and road tax, anda kena fikir masak2 kerana ianya bukanlah satu kerja yang mudah. Ikutilah pengalaman saya yang kerdil ini.

1. Setelah membeli sebuah kereta 2nd hand buatan Malaysia yang diperanakkan 18 than yang lalu, maka hamba memutuskan untuk memindah hak milik sehingga ke urusan memperbaharui insurans dan road tax sendiri. Maka bermula lah kisah hamba ini.

2. Untuk pindah hak milik ada beberapa borang yang perlu diisi, antaranya borang pindah hak milik yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli, geran asal (jika tiada lagi hutang di bank), salinan IC yang disahkan samaada oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ dan yang terakhir, laporan pemeriksaan PUSPAKOM.

3. First, hamba bawa kereta ke PUSPAKOM sekitar jam 8 pagi. 2 orang peserta di depan hamba, seorang cina dan pensyarah IKIP Kuantan. Punya punya tunggu, system offline. Ces.. Menunggu hamba sampai jam 9. Jam 8.50, bos PUSPAKOM arahkan buat pendaftaran dibuat  secara manual dan seterusnya ke kawasan pemeriksaan jika pada 9.05am, sistem masih offline. Printed report diminta ambil esok ataupun bila sistem dah online. Pergh.. naik angin satu badan, takkan aku nak datang lagi. Nasib baik tepat jam 9, sistem OK. Pemeriksaan tak lama, cuma 10 minit. Untuk pindah hak milik, hanya disemak no casis, no enjin, tinted and samaada kereta potong atau tidak. Then die usha sikit bawah kereta (tu aku tak tau la die buat aper).

4. Then aku shoot ke pejabat pos, nak renew insurans. Coz sesetangah orang kata kena renew insurans sebelum tukar hak milik. Then, pegawai pos cakap kena tukar nama dulu. So, aku redha dan terus ke JPJ. Masa tengah drive ke JPJ baru aku teringat yang salinan IC owner lama masih tak disahkan. So, aku u-turn ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

5. Sampai kat Centre Point Kuantan (depan Kuantan Parade) aku terus ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah, tingkat 2. Alih-alih tak boleh sahkan sebab owner lama mesti ade. Atau sekurang-kurangnya mesti ada IC asal. Aghhhhh…. Hangin sekali lagi satu badan. Aku call JPJ, die kata mesti kena dapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ. Kalau nak pengesahan pegawai JPJ pun kena owner asal datang jugak. Sakitnya hati..

6.Then aku decided kamikaze ke JPJ. Aku jumpa pegawai JPJ, Roshaniza kot namanya. Die cakap die tak leh nak sah kan salinan IC owner lama walau ape jua keadaan sekalipun. Tapi dia ade cakap kat aku, ade satu Pesuruhjaya Sumpah kat ************** yang boleh sahkan salinana IC tu (buka jalan nampak…!!!). Maknanya aku kena pergi ke town sekali lagi lah..

7. Sampai ke tempat yang dituju, aku jumpa la si Pesuruhjaya Sumpah tu dan die dengan rela hati mengesahkan salinan IC tersebut. RM4. Dengan perut kelaparan, akupun lunch kat area tu dengan harapan proses seterusnya berjalan lancar.

8.Sampai JPJ balik, aku sah salinan IC aku pulak kat pegawai JPJ tadi. Kalau aku sahkan kat Pesuruhjaya Sumpah, kan dah kena tambah RM4 lagi. Safe duit aku beb… Then, gi kaunter, tukar hak milik pun selesai. Then kerani kaunter tu cakap boleh renew roadtax kat agent insurans kat dalam kawasan JPJ tu jer..
Usha punye usha, ade KURNIA and TAKAFUL IKHLAS jer.. aku tanya kat kurnia, dia cakap lebih kurang RM600. Ah, mahalnya.. aku pun cakap takpelah dan terus blah dengan niat hati nak renew kat pejabat pos. Kat pejabat pos pun anggaran insurans lebih kurang sama. So, barulah aku sedar yang bila dah tukar hak milik, NCD kosong. So, 100% insurans kena bayar.. Dengan muka tak malu, akupun tak jadi buat..

9. Dengan rasa tidak bersalah akupun berikrar untuk pakai jer kereta baru aku ni tanpa insurans dan road tax. Mana nak cekau RM600 sekarang ni. Belum gaji tu.. Huhuuuu… Tapi amat berisiko jika berlaku perkara yang tak diingini.

Apa yang nak aku highlight kat sini bukan lah isu duit, tapi isu remeh temeh yang akan kita tempuhi jika pertama kali kita tukar hak milik kenderaan (kereta) sendiri, tanpa menggunkan agent/runner. Wahai sahabat2, kesimpulannya, jika nak save duit, buatlah sendiri tetapi ianya amat menyeksakan, jika tidak korbanlah sedikit duit anda dengan menggunakan runner/agent bagi proses tukar nama kenderaan (kereta) anda..


Monday, October 11, 2010

Oh, Bangsa Ku.. (3rd post for today)


Salam,

Ni adalah post aku yang ke-3 hari ini. Rasa syok pulak menulis. Tambah2 bila tengok website AE, lagi la aku bertambah jeles sejeles jelesnya. Tengah aku duk buatkan LOKI (pasal kerja akula, head of department suruh buat balik), aku rasa aku nak mengutarakan sesuatu yang aku rasa kita orang Melayu patut fikirkan. Walaupun aku tahu isu ini bukannya isu baru, tetapi ianya harus sentiasa disematkan di dalam lubuk hati kita.

Isunya adalah mengapa orang kita (Melayu) sukar untuk berjaya di Malaysia ini walaupun kita adalah penduduk bumiputera yang dikelilingi dengan pelbagai keistimewaan. Aku menulis bukannya untuk mempertikaikan keistimewaan ini, tetapi cuma untuk mengutarakan beberapa perkara, antaranya:

1. Pembahagian sektor kerja kepada kaum Cina sebagai peniaga, India sebagai peladang estate dan Melayu sebagai nelayan/petani di zaman British masih lagi tidak dapat di ceraikan. DEB yang diperkenalkan masih lagi tidak dapat membuahkan hasil yang sepenuhnya. Persoalannya:

i)    adakah kita ini suka berangan-angan walaupun bangsa lain sudah maju ke depan
ii)   ataupun kita kita tidak berdaya saing
iii)  adakah kita terlalu taksub dengan kata-kata bahawa hidup biarlah bersederhana (tak salah, dan itu memang yang sepatutnya. Namun ia harus difahami dengan menggunakan dalil al-Quran dan Sunah, dengan mengambil kira keadaan ekonomi masyarakat Islam hari ini yang lemah dari ekonominya.)
iv) betulkah orang kita memang malas
v) adakah kita hanya suka menjadi pak turut dan followers kepada bangsa lain yang kemudiannya akan menindas kita secara silent.

Post ini aku utarakan kerana ke mana-mana lubang bisnes/investment yang kita nak masuk, semua sudah dipenuhi oleh bangsa-bangsa lain.  Kita hanya menjadi orang yang terakhir yang melibatkan diri. Then, susahlah nak compete kerana ianya sudah dikuasai oleh orang lain.

Sebagai contoh. Pelaburan hartanah yang aku dan beberapa individu lain ceburi, ianya sudah dikuasi oleh bangsa lain. Tidak dinafikan mereka mempunyai wang yang banyak, mangsa orang kita sendiri. Dierorang main flipping dan mengikis duit yang kita kumpul dengan harga rumah yang terlalu tingi. Bila difikir-fikir kembali, bagaimana nasib anak bangsa kita nanti jika hartanah dikuasai sepenuhnya oleh bangsa lain dan harga rumah terlalu mahal.

Lihatlah sendiri beli nak beli rumah. Pemaju mengatakan semua rumah  yang mempunyai feng shui semua sudah habis di jual. Padahal mereka reserve untuk bangsa mereka sendiri. Jika ada reserve melayu sekalipun, mungkin rumah tersebut terletak sebelah kolam kumbahan, pondok TNB, tepi longkang besar etc. Aduh, susah sungguh untuk BERJAYA di bumi sendiri.