Nuffnang Ads

Tuesday, October 12, 2010

Kenapa Perlu Guna Agent?


Salam,

Post ini bukannya post pasal hartanah yer...Hehehheheeee...

Buat sesiapa yang ingin membeli kereta 2nd hand dan bercita-cita untuk menukar nama, merenew insurans and road tax, anda kena fikir masak2 kerana ianya bukanlah satu kerja yang mudah. Ikutilah pengalaman saya yang kerdil ini.

1. Setelah membeli sebuah kereta 2nd hand buatan Malaysia yang diperanakkan 18 than yang lalu, maka hamba memutuskan untuk memindah hak milik sehingga ke urusan memperbaharui insurans dan road tax sendiri. Maka bermula lah kisah hamba ini.

2. Untuk pindah hak milik ada beberapa borang yang perlu diisi, antaranya borang pindah hak milik yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli, geran asal (jika tiada lagi hutang di bank), salinan IC yang disahkan samaada oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ dan yang terakhir, laporan pemeriksaan PUSPAKOM.

3. First, hamba bawa kereta ke PUSPAKOM sekitar jam 8 pagi. 2 orang peserta di depan hamba, seorang cina dan pensyarah IKIP Kuantan. Punya punya tunggu, system offline. Ces.. Menunggu hamba sampai jam 9. Jam 8.50, bos PUSPAKOM arahkan buat pendaftaran dibuat  secara manual dan seterusnya ke kawasan pemeriksaan jika pada 9.05am, sistem masih offline. Printed report diminta ambil esok ataupun bila sistem dah online. Pergh.. naik angin satu badan, takkan aku nak datang lagi. Nasib baik tepat jam 9, sistem OK. Pemeriksaan tak lama, cuma 10 minit. Untuk pindah hak milik, hanya disemak no casis, no enjin, tinted and samaada kereta potong atau tidak. Then die usha sikit bawah kereta (tu aku tak tau la die buat aper).

4. Then aku shoot ke pejabat pos, nak renew insurans. Coz sesetangah orang kata kena renew insurans sebelum tukar hak milik. Then, pegawai pos cakap kena tukar nama dulu. So, aku redha dan terus ke JPJ. Masa tengah drive ke JPJ baru aku teringat yang salinan IC owner lama masih tak disahkan. So, aku u-turn ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

5. Sampai kat Centre Point Kuantan (depan Kuantan Parade) aku terus ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah, tingkat 2. Alih-alih tak boleh sahkan sebab owner lama mesti ade. Atau sekurang-kurangnya mesti ada IC asal. Aghhhhh…. Hangin sekali lagi satu badan. Aku call JPJ, die kata mesti kena dapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ. Kalau nak pengesahan pegawai JPJ pun kena owner asal datang jugak. Sakitnya hati..

6.Then aku decided kamikaze ke JPJ. Aku jumpa pegawai JPJ, Roshaniza kot namanya. Die cakap die tak leh nak sah kan salinan IC owner lama walau ape jua keadaan sekalipun. Tapi dia ade cakap kat aku, ade satu Pesuruhjaya Sumpah kat ************** yang boleh sahkan salinana IC tu (buka jalan nampak…!!!). Maknanya aku kena pergi ke town sekali lagi lah..

7. Sampai ke tempat yang dituju, aku jumpa la si Pesuruhjaya Sumpah tu dan die dengan rela hati mengesahkan salinan IC tersebut. RM4. Dengan perut kelaparan, akupun lunch kat area tu dengan harapan proses seterusnya berjalan lancar.

8.Sampai JPJ balik, aku sah salinan IC aku pulak kat pegawai JPJ tadi. Kalau aku sahkan kat Pesuruhjaya Sumpah, kan dah kena tambah RM4 lagi. Safe duit aku beb… Then, gi kaunter, tukar hak milik pun selesai. Then kerani kaunter tu cakap boleh renew roadtax kat agent insurans kat dalam kawasan JPJ tu jer..
Usha punye usha, ade KURNIA and TAKAFUL IKHLAS jer.. aku tanya kat kurnia, dia cakap lebih kurang RM600. Ah, mahalnya.. aku pun cakap takpelah dan terus blah dengan niat hati nak renew kat pejabat pos. Kat pejabat pos pun anggaran insurans lebih kurang sama. So, barulah aku sedar yang bila dah tukar hak milik, NCD kosong. So, 100% insurans kena bayar.. Dengan muka tak malu, akupun tak jadi buat..

9. Dengan rasa tidak bersalah akupun berikrar untuk pakai jer kereta baru aku ni tanpa insurans dan road tax. Mana nak cekau RM600 sekarang ni. Belum gaji tu.. Huhuuuu… Tapi amat berisiko jika berlaku perkara yang tak diingini.

Apa yang nak aku highlight kat sini bukan lah isu duit, tapi isu remeh temeh yang akan kita tempuhi jika pertama kali kita tukar hak milik kenderaan (kereta) sendiri, tanpa menggunkan agent/runner. Wahai sahabat2, kesimpulannya, jika nak save duit, buatlah sendiri tetapi ianya amat menyeksakan, jika tidak korbanlah sedikit duit anda dengan menggunakan runner/agent bagi proses tukar nama kenderaan (kereta) anda..


10 comments:

  1. Harga 4.7k, saga megavalve 1992.. Nape, mau downgrade cam aku gak ker?

    ReplyDelete
  2. hari tu aku usha kete lelong dekat Gmart subang.
    plan nk amik sebuah
    iswara sedan 1.5 RM3k + premium RM500 = RM3.5k lah..

    ReplyDelete
  3. memanglah ok harga tu. tapi takut kena top up la seribu dua lagi, for sure kena bikin kereta tu.. kena-kena takdak enjin, putih mata beb...

    ReplyDelete
  4. kt mne ea psruhjaya smpah 2?? ad mslah yg lebh krg sama nie..

    ReplyDelete
  5. aku ni area Kuantan.. silverhytm, ko are mana?

    ReplyDelete
  6. nak tanya gak, kat mana pej pesuruhjaya sumpah tu.? sy ada surat yg nak disahkan esok..,plan nak g centre point tp incase xdpt pengesahan..huhu..saya kat kuantan gak ni. harap firdaus dpt reply cepat. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesuruhjayasumpah tu kt mne? Ade masalah yg sama ni...email kenon587@yahoo.com.my

      Delete
  7. Pesuruhjayasumpah tu kt mne? Ade masalah yg sama ni...email kenon587@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  8. ... KIOSK MYEG shah alam . Road Tax & renew Insuran kereta Dapat Serta Serta merta di Anjung 7 (BELAKANG UNISEL) seksyen 7 shah alam .. call 0123967914
    Fbook Kiosk myeg shah alam

    ReplyDelete