Salam,
Semalam si member aku ni, YOP namanya atau LILI (nama panggilan manja waktu malam) ajak aku and hadi tengok rumah. Katanya nak beli, semiD single storey. Kat area kempadang, jalan Tanjung lumpur kuantan. Die fetched aku kat Masjid KIPSAS, then terus ke tempat yang dituju. So, jumpa la si amoi ni, agent yang tak leh blah kecantikannya.
Pergh, boleh tahan rumahnya. Rumah saiz 28x45 tak silap aku. Tanah tepi dalam 6 kaki. Agak besarla bilik-biliknya. Rasa jealous la pulak. Kalau nak dibandingkan dengan rumah aku corner lot, rasanya rumah die lagi besar. Tapi tanah lebih kat rumah aku ade la dalam 15 kaki. Bila pikir-pikir balik, aku tak menyesal dengan rumah yang aku dah beli kerana:
1. Kawasan kejiranan aku semuanya melayu. Freehold dan masyarakatnya semuanya ok2. Tu yang aku rasa bestnya duk kat sini.
2. Kawasan perumahan aku ni lapang. Kalau usha kawasan perumahan lain, selalunya jalan-jalannya sempit. Nak park kereta pun payah. Kalau tak tempat aku, bukaan jalan memang besar.
3. Access ke Kuantan, LPT, Airport, UMP, By-pass, amatlah dekat. Pump station pun banyak dan dekat. Shell (my peberet), Petronas n Caltex semua depan mata. Huuuuuu.. Jangan mareee...
4. Lagi satu, pengasuh anak aku memang best la. Duduk setaman dengan dia. Dia jaga anak aku macam anak die sendiri. Tak berkira orangnya. Susah nak cari pengasuh camni. Kalau aku duk tempat lain, susahlah aku nak hantar anak aku. Kalau cari pengasuh lain, belum tentu jumpa yang sesuai.
5. Dah ramai orang2 taman yang aku kenal. So, sedih la nak tinggalkan dieorang kalau aku beli rumah tempat lain. Hhuuuuhuuuu..
6. Dah takdir aku beli rumah kat sini, kenalah redha seadanya..
So, sesape yang nak beli rumah, sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil kira. Terutamanya rumah untuk diduduki. Kalau untuk invest macam aku cuba nak buat ni, mungkin sedikit berbeza faktornya.
(Harap LILI baca post i ni yerrr...)
No comments:
Post a Comment