Nuffnang Ads

Monday, October 11, 2010

Kereta Impian Ku... Yahhhhhoooooooo..


Salam,

Hari ni adalah hari pertama aku aku gunakan kereta yang aku idam-idamkan selama ini ke tempat kerja. Bergaya sungguh. Sorila, terpaksa selitkan post berkaitan kereta aku kat pembaca yang sudi singgah ke sini. 

Actually, aku akad jual beli kereta ni Jumaat lepas. 45 minit sebelum aku bertolak pulang ke kampung halaman untuk berjumpa keluarga tercinta. Test drive plak hari Khamis, masa tengah usha plaster ceiling tuk rumah baru aku. Hahahaaa....

Kenapa aku jual kereta aku yang dulu? Sebabnya aku nak restructure pendapatan seisi keluarga aku. Aku and mem pikir banyak komitmen yang perlu kitaorang utamakan. Dari rumah, kereta mem aku, dan perbelanjaan harian. Lagipun harga barang makin mahal. Kereta wira, aku tolak kat adik aku. Die memang tengah usha kereta. So, adik beradik punya pasal, aku suruh die sambung bayar jer. Tinggal 4 tahun lagi. Lagipun senang mek and ayoh aku nak ke mana-mana..

Menoleh sedikit kepada isu restructure pendapatan seisi keluarga aku, aku rasa banyak perkara yang perlu aku hapuskan dalam kalendar perbelanjaan kitaorang. Antaranya hutang kereta. Kalau nak diikutkan hutang kereta menyumbang kepada 25% daripada jumlah keseluruhan income kitaorang. Banyak tu. Pasni nak bayar rumah lagi. So, jalan yang paling baik adalah EXPENSES RESTRUCTURE. Seperkara lagi, kalau nak invest dalam property, nak kena prepare cash banyak sikit..

So, kereta baruku, berkhidmatlah kepada tuan mu ini dengan sebaik mungkin. Janganlah kau nak meragam. Sila sedut minyak seminima mungkin. Oh, PROTON SAGA 1992 ku.. ACC2**7..

3 comments:

  1. kete apa tu bro? takkan saga 1992??

    ReplyDelete
  2. hahahaa... downgrade lah AE. Kata nak invest dlam property,kena lah banyak saving. Seperti Brader Mill kata "Tv ko still yang 14inch lagi ke AE"..
    Kuang3..jgn mare AE

    ReplyDelete
  3. Sy org besut duk kuantan..berminat dgn rumah lelong..boleh lah teman berteman..hehe contact ku 0179716431

    ReplyDelete