Salam,
Sebelum ni aku dan beberapa colleague pernah berborak pasal isu pasaran hartanah di Pekan. Pekan adalah destinasi indah di mana kami semua diarahkan berpindah dan bekerja bermula 1 Julai 2009. Aku masih ingat tarikh tu. Selepas kekecohan berkaitan dengan fasiliti etc. telah redha, ramailah kakitangan di sini termasuk colleague aku merancang dan telah membeli lot-lot tanah bagi tujuan pelaburan jangka panjang atau untuk didirikan rumah persendirian. Dulu satu lot (aku tak pasti saiznya) boleh dapat RM18k, tetapi sekarang mencecah RM36k. Bermakna tuan tanah mengambil kesempatan terhadap kekalutan staf-staf UMP mencari tanah untuk kediaman. Di sini aku ingin menyatakan pendapat aku yang mana mungkin tidak dapat dipersetujui oleh ramai orang. Antaranya:
1. Jika tujuan pembelian lot tanah bagi tujuan membuat rumah kediaman, aku bersetuju dan ianya amat baik. Tetapi perlu diingat, aku bersetuju atas dasar lokasi adalah dekat dengan UMP Kampus Utama Pekan. Jika diasaskan kepada faktor fasiliti, aku tidak bersetuju. UMP Kampus Utama Pekan dibina kira-kira 20km dari Bandar Pekan dan 50km dari bandar Kuantan. Sesiapa yang urban dan dilahirkan dengan cara hidup di kota, mungkin tidak dapat adapt persekitaran sebegini. Buat masa ini, ianya dilingkupi oleh kawasan kampung yang rata-ratanya penduduk bekerja sebagai nelayan, petani dan penternak lembu dan kambing yang 'berjaya'. Kalau nak clubbing, dalam rumah je lah jawabnya. Dua puluh tahun akan datangpun pada pandangan peribadi aku, ia akan tetap seperti ini. Lihat sajalah pembangunan di UMP Kampus Utama Pekan ini, hanya dua fakulti sahaja yang siap dan beroperasi. Fakulti dan pembangunan lain masih perlahan dan aku merasa ragu akan kesudahannya.
2. Jika ada yang membeli tanah lot bagi tujuan pelaburan jangka panjang, aku kurang bersetuju dengan tindakan ini. Mereka mengkiaskan situasi ini seperti di kawasan UPM, UTM, UM, UKM, dan USM. Di UM, ia terletak di tengah-tengah kota yang sudah menjadi lubuk emas dalam bidang hartanah. Di UTM, ia terletak berhampiran dengan kota Johor Bharu, terletak di tepi Lebuhraya PLUS yang menjadi laluan utama KL - JB/Singapura. Di UPM dan UKM, ia menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini kerana terletak di pinggir kota yang mudah di access melalui jaringan komuter dan LRT, berhampiran dengan beberapa lebuhraya, berdekatan dengan kawasan perindustrian dan boleh dikatakan menjadi tumpuan bagi mereka yang inginkan kawasan kediaman yang jauh dari kota. Dan sudah pasti di USM, ianya terletak di tengah-tengah laluan utama dan berdekatan dengan pusat pentadbiran dan pelancongan. Situasi ini berbeza dengan UMP Kampus Utama Pekan. Ada yang mengatakan ia menjadi laluan utaman Kuantan - Johor Bharu. Jika ini dijadikan alasan, mengapa sebelum ini tiada lebuhraya yang selesa dibina jika perhubungan Kuantan - Johor Bharu itu penting? Jika ia boleh dijadikan hujah sekalipun, namun lokasi UMP Kampus Utama Pekan yang terletak di Kuala Sungai Pahang pada hemat aku tidak dapat menjadikan kawasan ini lubuk emas dalam bidang hartanah.
3. Jika ada peningkatan nilai hartanah sekalipun, aku tidak merasakan ianya mencecah 10% peratus setahun. Ramai juga yang membeli hartanah disini dengan membuat pinjaman bank secara personal bagi membiayai hartanah di sini. Jika interest yang dikenakan mencecah 5%, berapalah untung yang kita dapat jika kenaikan nilai hartanah sekitar 5-7%.
4. Bagi aku ramai yang melakukan kesilapan dengan menganggap harga pasaran hartanah di Pekan pada landasan yang betul. Spekulasi yang menyatakan kepesatan dan pembangunan bandar Pekan adalah disebabkan adanya UMP Kampus Utama Pekan, Pekan adalah tempat PM, laluan utama Kuantan - JB serta bandar Diraja, bagi aku tidak tepat. Jika ditanya pada valuer, mesti harga sekarang tidak masuk akal. Ini pun berlaku di sekitar Kuantan di mana harga rumah terlalu mahal dan bagi tujuan beli-sewa hendak dipraktikkan, tiada positive cash flow akan diperoleh.
Point di atas adalah pendapat aku berdasarkan pemerhatian aku buat masa ini. Jika aku melihat dan memperoleh beberapa faktor baru lain yang boleh mengubah pendapat aku ini, aku akan paparkan dalam post yang akan datang.
Sekian....
sy rasa pekan nie boleh lagi membangun tp dengan syarat penduduknya pon beri sokongan.Kekadang sy pelik dengan penduduk pekan nie terutamanya kedai makan yang menawarkan servis yang fail disamping masakan yang xsedap dan mahal gedabak.Diorang kena belajar attract.
ReplyDeletememang itu salah satu faktorlah. Tetapi bukan faktor utama. Jika tiada galakan kerajaan dari segi kewangan, perancangan yang teratur, tiada masalah birokrasi etc., mungkin boleh berjaya. Namun seperti yang saya tulis, ianya pandangan saya buat ketika ini..
ReplyDeletedengar2 pekan nak adakan hub petroleum... mungkin bagus untuk membeli tanah pada waktu nie, dan mungkin juga faktor ini yg menjadikan harga sekarang melambung-lambung.
ReplyDeleteTp semua nie bergantung pada keadaan politik yang akan datang.... wallahualamm (samsul)
dulu pun ada kecoh pasal kawasan akan maju disebabkan adanya HICOM kat sini.. lastly, sape2 yang beli tanah kat area tu terkedu coz kwsn tak membangun seperti yang dijangkakan. Yelah, sapelah yang nak datang buat pelaburan besar-besaran kat sini. Dan sapelah yang sanggup hidup kat kawasan luar bandar seperti Pekan ni..
ReplyDeleteone more point. memang la tempat PM. tapi smpai bile kte xtau kn
ReplyDeletehuhu
betul tu... dah 2 tahun lebih Datuk Seri Najib jadi PM, tiada pembangunan yang ketara yang aku nampak. Kalau nak naik, bermula Datuk Seri jadi TPM mesti dah ada perubahan besar..
ReplyDeleteyelah, macam2 boleh jd... hehehe.(samsul)
ReplyDelete