Salam,
Sedang aku duk melayan meeting pagi tadi, aku try la usha rumah-rumah di Kuantan yang aku buat kiraan boleh mendatangkan hasil. Kat mana lagi kalau bukan kat "mudah". Aku selesa dengan website ni. Then jumpala satu iklan seperti berikut, http://www.mudah.my/Rumah+Teres+Kos+Rendah+Setingkat-7473744.htm. Hm, nampak macam menarik. So, sebelum solat Jumaat, sempatla aku call tuan punye rumah. Seperti post sebelum ni, aku akan masukkan conversation aku dengan die yang telah aku ringkaskan. Lagi senang pembaca nak paham.
Daus : Saya nak tanya pasal rumah yang encik nak jual tu?
Anas : Encik tengok kat mudah ker?
Daus : Ye..
Anas : Begini, rumah tu dah habis bayar. Dalam masa dua tahun lagi baru dapat geran hak milik. Kalau encik nak beli, tak boleh buat loan bank sebab saya dah habis bayar. Senang cerita macam ni. Encik bayar saya dalam RM15k, pastu encik bayar bulan-bulan terus kepada saya mengikut kemampuan dan persetujuan kita nanti. Tapi kita buatlah S&P and lantik peguam. Lepas dapat geran hak milik, baru kita uruskan proses tukar nama dan abang bolehlah langsaikan baki selebihnya dengan membuat pinjaman bank. Tak pun encik boleh buat personal loan.
Daus : Oo, ye ker? Kalau camtu, berapa abang nak untuk installment bulanan?
Anas : Kalau boleh dalam RM500 paling minima. Sebenarnya saya ni berniaga. Nak pakai duit. Perlukan cash. Lagi satu, saya open untuk jual sampai akhir tahun ni jer. Kalau tiada pembeli saya akan renovate and jual balik dengan harga lain. Kawan saya kat sini, selepas renovate dia boleh jual sampai RM135k.
Daus : Katakan saya bayar RM15k. Adakah installment bulanan encik akan kenakan interest atau macam mana?
Anas : Installment tu saya tak akan kenakan interest. Katakan balance berbaki RM50k, encik bayar installment berdasarkan nilai RM50k ni ajer..
Daus : Ooo.. Abang tinggal kat situ ker?
Anas : Tak la. Abang bagi sewa, RM300. Asalnya penyewa tu nak beli rumah tu, tapi nama die dah black listed. Nak harapkan bini dia, dah banyak commitments. Nak buat personal loan tak lepas. Tak jadi lah dia nak beli. Nak keluarkan EPF, dia kena tunggu 4 tahun lagi. Saya tak boleh la nak tunggu selama tu.
Daus : Kalau camtu saya tengok lah dulu rumah tu, lepas tu baru buat keputusan.
Anas : Ok, encik tengok dulu, kalau ada apa-apa call saya balik.
Tamatlah perbualan aku dengan encik Anas tersebut. Dari perbualan di atas ada beberapa point yang nak aku highlight kan, antaranya:
1. Jika gadaian di bank sudah tamat (pemilik rumah dah habis bayar loan), adakah pembeli baru tak boleh dapat finance untuk membeli rumah tersebut? Ini yang membuatkan aku sedikit confused. Mungkin encik Anas nak dapat duit cash cepat kot. Yang ni kena tanya AE.
2. Boleh ke lawyer terima kes sebegini? Adakah mereka boleh buat S&P berdasarkan persetujuan kami berdua. Ni pun aku confused. Seperti biasa, sumber rujukan harus dimaklumkan seperti di point 1.
3. Kalau betul-betul berminat, aku kena search betul-betul title rumah tersebut dan sekatan kepentingannya. Aku tak mahu jadi seperti rumah yang aku beli di Bangi yang berkemungkinan tidak akan diluluskan oleh LPHS (belajar dari kesilapan yang lepas). Mungkin di Pahang, syarat-syaratnya sedikit berbeza dan longgar. Ini harus diberi perhatian.
4. Risikonya amat tinggi. Meloponglah aku jika penjual buat hal kemudian hari. Yelah, awalnya memang manis, akhirnya kita tak tahu lagi macam mana..
5. Kalau aku nak angkut rumah ni, ada beberapa option yang aku telah aku fikirkan. Tunggu next post..
6. Aku kena pergi periksa rumah ni betul-betul. Katanya betul-betul dihadapan sekolah rendah dan menengah. Hm, lokasi yang bagus. Lagipun jaraknya ke Kuantan sekitar 8km. Memang menarik. Mungkin sehari dua lagi pergi usha.
Harap dapat komen dari pembaca yang sempat menjenguk ke blog ini.. Tq
No comments:
Post a Comment