Salam,
Selama 2 hari menguruskan rumah aku yang dalam proses renovation, barulah aku sempat menyambung untuk menulis di blog yang tiada pengunjung ini. Seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas, diutarakan beberapa penyelesaian kepada 'pakej yang menarik'. Bagi mereka yang tak membaca post yang lepas, berikut adalah ringkasan pakej yang aku katakan menarik itu.
a) Harga rumah RM65, 000, rumah teres kos rendah dan sudah habis bayar hutang bank.
b) Deposit kepada pembeli sebanyak RM15k, balance di bayar secara installment kepada penjual mengikut perbincangan dan penjual meletakkan minimum adalah RM500 sebulan.
c) Selepas 2 tahun (selepas geran dikeluarkan / dilepaskan oleh bank), kita harus menyelesaikan semua baki yang tinggal kepada penjual.
* Semua perkara di atas mesti dibuat hitam dan putih menggunakan lawyer.
Hm, pada fikiran aku, antara penyelesaian yang boleh di ambil mengikut situasi aku yang tidak berduit banyak ini adalah seperti berikut::
1. Mungkin boleh dibuat pinjaman peribadi sebanyak RM15k untuk dibayar kepad si penjual. Then, deal dengan penjual bagi membayar installment kepadanya RM500 sebulan. Then pada masa yang sama, hutang personal loan juga harus dibayar. Katakan installment personal loan adalah kira-kira RM500 (dengan kiraan pinjaman sebanyak RM15k), maka
cash flow = RM300 - RM500 - RM500 = -RM700 (mampu ke nak bayar ni?)
Selepas 2 tahun, kita kena cari alternative lah untuk menyelesaikan baki pembelian rumah tersebut dengan si penjual. Hm, bertambah beratlah hutang aku nanti.
2. Bayar deposit RM15k dan bayar installment sebanyak RM500 sehingga habis kesemua baki pembelian. Cuma perlu deal dengan penjual dan yakinkan dia yang pasti aku bayar installment tersebut. Selepas 8 tahun lebih, selesaikan semua hutamg tersebut. Namun, RM15k juga mestilah dipinjam melalui personal loan. Kiraannya seperti di point 1.
cash flow = RM300 - RM500 - RM500 = -RM700 selama 5 tahun
3. Takpun aku paksa jer owner tu terima untuk pembelian through home financing.. Hahahhaaa...
Tapi yang banyak duit (bukan macam aku), bayar je lah cash...
****hanya mampu menulis, membeli masih belum mampu***
beli cash jek
ReplyDeleteambik PL 70,000k, 20 tahun, bln2 600
pastuh settelkan abis geran
pastuh refinance, dapat balik duit refinance tutup PL
so bayar housing loan cam biasa
(cumanya boleh ke refinance rumah dah abis bayar?)
amacam?