Salam,
Ni adalah post aku yang ke-3 hari ini. Rasa syok pulak menulis. Tambah2 bila tengok website AE, lagi la aku bertambah jeles sejeles jelesnya. Tengah aku duk buatkan LOKI (pasal kerja akula, head of department suruh buat balik), aku rasa aku nak mengutarakan sesuatu yang aku rasa kita orang Melayu patut fikirkan. Walaupun aku tahu isu ini bukannya isu baru, tetapi ianya harus sentiasa disematkan di dalam lubuk hati kita.
Isunya adalah mengapa orang kita (Melayu) sukar untuk berjaya di Malaysia ini walaupun kita adalah penduduk bumiputera yang dikelilingi dengan pelbagai keistimewaan. Aku menulis bukannya untuk mempertikaikan keistimewaan ini, tetapi cuma untuk mengutarakan beberapa perkara, antaranya:
1. Pembahagian sektor kerja kepada kaum Cina sebagai peniaga, India sebagai peladang estate dan Melayu sebagai nelayan/petani di zaman British masih lagi tidak dapat di ceraikan. DEB yang diperkenalkan masih lagi tidak dapat membuahkan hasil yang sepenuhnya. Persoalannya:
i) adakah kita ini suka berangan-angan walaupun bangsa lain sudah maju ke depan
ii) ataupun kita kita tidak berdaya saing
iii) adakah kita terlalu taksub dengan kata-kata bahawa hidup biarlah bersederhana (tak salah, dan itu memang yang sepatutnya. Namun ia harus difahami dengan menggunakan dalil al-Quran dan Sunah, dengan mengambil kira keadaan ekonomi masyarakat Islam hari ini yang lemah dari ekonominya.)
iv) betulkah orang kita memang malas
v) adakah kita hanya suka menjadi pak turut dan followers kepada bangsa lain yang kemudiannya akan menindas kita secara silent.

Post ini aku utarakan kerana ke mana-mana lubang bisnes/investment yang kita nak masuk, semua sudah dipenuhi oleh bangsa-bangsa lain. Kita hanya menjadi orang yang terakhir yang melibatkan diri. Then, susahlah nak compete kerana ianya sudah dikuasai oleh orang lain.
Sebagai contoh. Pelaburan hartanah yang aku dan beberapa individu lain ceburi, ianya sudah dikuasi oleh bangsa lain. Tidak dinafikan mereka mempunyai wang yang banyak, mangsa orang kita sendiri. Dierorang main flipping dan mengikis duit yang kita kumpul dengan harga rumah yang terlalu tingi. Bila difikir-fikir kembali, bagaimana nasib anak bangsa kita nanti jika hartanah dikuasai sepenuhnya oleh bangsa lain dan harga rumah terlalu mahal.
Lihatlah sendiri beli nak beli rumah. Pemaju mengatakan semua rumah yang mempunyai feng shui semua sudah habis di jual. Padahal mereka reserve untuk bangsa mereka sendiri. Jika ada reserve melayu sekalipun, mungkin rumah tersebut terletak sebelah kolam kumbahan, pondok TNB, tepi longkang besar etc. Aduh, susah sungguh untuk BERJAYA di bumi sendiri.

No comments:
Post a Comment