Nuffnang Ads

Tuesday, December 21, 2010

ebook Abangensem


Salam..

Hm, penatnya dua bulan terakhir ni. Nak menulis dan mengomen blog pun tak berkesempatan. Hanya dapat membaca sahaja. Baru-baru ni aku ada dapat ebook terbaru dari AE secara percuma, menang contest la katakan..hihiii.

Kat sini aku nak promote ebook abang ensem, "CARAKU". Dalam ebook terbaru AE ni aku nak highlight kan beberapa perkara:

1. Apa yang AE tuliskan dalam "CARAKU" adalah 100% percent apa yang AE dah buat sepanjang berkecimpung dalam bidang hartanah.

2. Gaya penulisan sempoi dan senang nak difahami.

3. Bagi orang-orang yang baru nak ceburi bidang hartanah macam aku ni, boleh lah beli kesemua ebook AE ni. Aku dah langgan semuanya.

4. Kalau nak tau detail, kenalah beli..hahahaaa..

Tahniah AE, ebook anda memang berguna..

Wasalam

Friday, October 29, 2010

BILA "I" NAK "U"


Bila i nak u,

Masa tu u lari lintang pukang

Kalau nak jumpa, u kata tak boleh datang
Macam-macam helah yang u pasang
Kalau selisih bahu pun u dah tak nak pandang
Apatah lagi kalau nak ajak bersembang
Tak boleh bazir masa, u kata masa itu wang
Dibelakang i macam-macam u pi canang
Dari dalam kain sampai yang terang benderang
Kat kawan-kawan u kata i ni insan malang
Kalau buat kawan, nanti hidup tak akan senang

Kalau nak ajak minum pun tak boleh sampai petang

Kalu dulu boleh minum free tapi sekarang kena kira hutang
Nak pinjam duit u kata u pun hutang keliling pinggang
Katanya, wallet pun dah kering kontang

Kalau nak join bisnes u, u kata dah cukup orang

Kalau nak join, tunggu bisnes yang dia tengah rancang
Tapi untung jangan pulak nak kencang
Semuanya u yang akan bentang
Kalau i dapat 1%, jangan pulak nak meradang
Kata u, i ni jenis 'kaki goyang'
kerja malas, idea tak bernas dan jangan harap nak senang lenang


BILA "U" NAK "I"


Bila u nak i,

Hari-hari datang bertandang

Tak kira malam atau siang
Setiap masa boleh dibawa sembang
Puji-pujian dihambur tak lekang
Semua yang i kata u tak akan bangkang
Semua yang i bangkang semua u tak tentang
U kata akan sentiasa berada di depan dan belakang
Walau dihina, dikeji atau dibuang
Kalau orang benci u akan sayang...

Kata u, jangan risau pasal wang

Breakfast, lunch, dinner biar u sahaja yang sumbang
Apatah lagi kalau nak karaoke atau tengok wayang
Semua yang i nak bayar u larang
Katanya u suka buat kawan-kawan riang..

Kalau ada bisnes pulak, katanya nak tumpang

Kalau buat ramai-ramai baru boleh berkembang
Untung plak biarlah seimbang
Walaupun kerja yang u buat boleh dibilang... 


Pakej Yang Menarik - Penyelesaian

Salam,

Selama 2 hari menguruskan rumah aku yang dalam proses renovation, barulah aku sempat menyambung untuk menulis di blog yang tiada pengunjung ini. Seperti yang dijanjikan dalam post yang lepas, diutarakan beberapa penyelesaian kepada 'pakej yang menarik'. Bagi mereka yang tak membaca post yang lepas, berikut adalah ringkasan pakej yang aku katakan menarik itu.

a) Harga rumah RM65, 000, rumah teres kos rendah dan sudah habis bayar hutang bank.
b) Deposit kepada pembeli sebanyak RM15k, balance di bayar secara installment kepada penjual  mengikut perbincangan dan penjual meletakkan minimum adalah RM500 sebulan.
c) Selepas 2 tahun (selepas geran dikeluarkan / dilepaskan oleh bank), kita harus menyelesaikan semua baki yang tinggal kepada penjual.

* Semua perkara di atas mesti dibuat hitam dan putih menggunakan lawyer.


Hm, pada fikiran aku, antara penyelesaian yang boleh di ambil mengikut situasi aku yang tidak berduit banyak ini adalah seperti berikut::

1. Mungkin boleh dibuat pinjaman peribadi sebanyak RM15k untuk dibayar kepad si penjual. Then, deal dengan penjual bagi membayar installment kepadanya RM500 sebulan. Then pada masa yang sama, hutang personal loan juga harus dibayar. Katakan installment personal loan adalah kira-kira RM500 (dengan kiraan pinjaman sebanyak RM15k), maka

cash flow = RM300 - RM500 - RM500 = -RM700 (mampu ke nak bayar ni?)

Selepas 2 tahun, kita kena cari alternative lah untuk menyelesaikan baki pembelian rumah tersebut dengan si penjual. Hm, bertambah beratlah hutang aku nanti.

2. Bayar deposit RM15k dan bayar installment sebanyak RM500 sehingga habis kesemua baki pembelian. Cuma perlu deal dengan penjual dan yakinkan dia yang pasti aku bayar installment tersebut. Selepas 8 tahun lebih, selesaikan semua hutamg tersebut. Namun, RM15k juga mestilah dipinjam melalui personal loan. Kiraannya seperti di point 1.

cash flow = RM300 - RM500 - RM500 = -RM700 selama 5 tahun

3. Takpun aku paksa jer owner tu terima untuk pembelian through home financing..  Hahahhaaa...


Tapi yang banyak duit (bukan macam aku), bayar je lah cash...

****hanya mampu menulis, membeli masih belum mampu***

Friday, October 22, 2010

Pakej Yang Menarik..


Salam,

Sedang aku duk melayan meeting pagi tadi, aku try la usha rumah-rumah di Kuantan yang aku buat kiraan boleh mendatangkan hasil. Kat mana lagi kalau bukan kat "mudah". Aku selesa dengan website ni. Then jumpala satu  iklan seperti berikut, http://www.mudah.my/Rumah+Teres+Kos+Rendah+Setingkat-7473744.htm. Hm, nampak macam menarik. So, sebelum solat Jumaat, sempatla aku call tuan punye rumah. Seperti post sebelum ni, aku akan masukkan conversation aku dengan die yang telah aku ringkaskan. Lagi senang pembaca nak paham.

Daus  :  Saya nak tanya pasal rumah yang encik nak jual tu?

Anas  :  Encik tengok kat mudah ker?

Daus  :  Ye..

Anas  :  Begini, rumah tu dah habis bayar. Dalam masa dua tahun lagi baru dapat geran hak milik. Kalau encik nak beli, tak boleh buat loan bank sebab saya dah habis bayar. Senang cerita macam ni. Encik bayar saya dalam RM15k, pastu encik bayar bulan-bulan terus kepada saya mengikut kemampuan dan persetujuan kita nanti. Tapi kita buatlah S&P and lantik peguam. Lepas dapat geran hak milik, baru kita uruskan proses tukar nama dan abang bolehlah langsaikan baki selebihnya dengan membuat pinjaman bank. Tak pun encik boleh buat personal loan.

Daus : Oo, ye ker? Kalau camtu, berapa abang nak untuk installment bulanan?

Anas : Kalau boleh dalam RM500 paling minima. Sebenarnya saya ni berniaga. Nak pakai duit. Perlukan cash. Lagi satu, saya open untuk jual sampai akhir tahun ni jer. Kalau tiada pembeli saya akan renovate and jual balik dengan harga lain. Kawan saya kat sini, selepas renovate dia boleh jual sampai RM135k.

Daus : Katakan saya bayar RM15k. Adakah installment bulanan encik akan kenakan interest atau macam mana?

Anas : Installment tu saya tak akan kenakan interest. Katakan balance berbaki RM50k, encik bayar installment berdasarkan nilai RM50k ni ajer..

Daus : Ooo.. Abang tinggal kat situ ker?

Anas : Tak la. Abang bagi sewa, RM300. Asalnya penyewa tu nak beli rumah tu, tapi nama die dah black listed. Nak harapkan bini dia, dah banyak commitments. Nak buat personal loan tak lepas. Tak jadi lah dia nak beli. Nak keluarkan EPF, dia kena tunggu 4 tahun lagi. Saya tak boleh la nak tunggu selama tu.

Daus : Kalau camtu saya tengok lah dulu rumah tu, lepas tu baru buat keputusan.

Anas : Ok, encik tengok dulu, kalau ada apa-apa call saya balik.

Tamatlah perbualan aku dengan encik Anas tersebut. Dari perbualan di atas ada beberapa point yang nak aku highlight kan, antaranya:

1. Jika gadaian di bank sudah tamat (pemilik rumah dah habis bayar loan), adakah pembeli baru tak boleh dapat finance untuk membeli rumah tersebut? Ini yang membuatkan aku sedikit confused. Mungkin encik Anas nak dapat duit cash cepat kot. Yang ni kena tanya AE.

2. Boleh ke lawyer terima kes sebegini? Adakah mereka boleh buat S&P berdasarkan persetujuan kami berdua. Ni pun aku confused. Seperti biasa, sumber rujukan harus dimaklumkan seperti di point 1.

3. Kalau betul-betul berminat, aku kena search betul-betul title rumah tersebut dan sekatan kepentingannya. Aku tak mahu jadi seperti rumah yang aku beli di Bangi yang berkemungkinan tidak akan diluluskan oleh LPHS (belajar dari kesilapan yang lepas). Mungkin di Pahang, syarat-syaratnya sedikit berbeza dan longgar. Ini harus diberi perhatian.

4. Risikonya amat tinggi. Meloponglah aku jika penjual buat hal kemudian hari. Yelah, awalnya memang manis, akhirnya kita tak tahu lagi macam mana..

5. Kalau aku nak angkut rumah ni, ada beberapa option yang aku telah aku fikirkan. Tunggu next post..

6. Aku kena pergi periksa rumah ni betul-betul. Katanya betul-betul dihadapan sekolah rendah dan menengah. Hm, lokasi yang bagus. Lagipun jaraknya ke Kuantan sekitar 8km. Memang menarik. Mungkin sehari dua lagi pergi usha.

Harap dapat komen dari pembaca yang sempat menjenguk ke blog ini.. Tq



Proceed or Surrender


Salam,

Semalam tergerak hati aku untuk call lawyer yang menguruskan satu unit yang aku beli di Bandar Bari Bangi. Berikut adalah perbualan di antara aku dan dia yang diringkaskan.

Daus  :  Puan, macam mana permohonan kebenaran pertukaran hak milik bagi rumah yang saya beli hari tu? Ada apa-apa berita dari LPHS tak?

Pn. F. : Belum ada result lagilah Encik. Tapi saya ada followed up dengan beberapa kakitangan kat LPHS berkaitan dengan permohonan Encik. Kata dieorang, dahulu, pendapatan isi rumah yang di bawah RM2500 dibenarkan untuk membeli rumah kos rendah. Sekarang, ia telah dinaikkan ke RM5000. Tetapi dalam kes Encik, masih tak memenuhi syarat kerana pendapatan Encik lebih dari itu. Dieorang kata memang tak lepas. Kalau ada pun, terlalu tipis..

Daus  :  Ooo, yeker? So, kalau appeal macam mana?

Pn. F.  :  Kalau appeal pun belum tentu lepas. Memang dulu saya pernah cakap yang tiada masalah untuk tukar nama. Namun sekarang dengan timbulnya isu rumah kos rendah yang dimiliki oleh orang berpendapatan tinggi, syarat yang dikenakan oleh kerjaan Negeri makin ketat. Kalau Encik nak batalkan pembelian ni pun tiada masalah kerana saya rasa akan gagal permohonan Encik tu.. Lagipun saya dah bincang dengan penjual, jika masalah seperti ini timbul, deposit dia akan kembalikan..

Daus  :  Hm, macam mana yer?

Pn. F.  :  Sekejap ye. Hari ni ada satu envelope masuk atas nama Encik. Ha, ada satu lagi form yang perlu Encik kena isi kerana permohonan Encik tak lengkap. Baru sekarang LPHS baru hantar. Nak saya courier atau Encik nak cancel kan pembelian rumah ni..

Daus  :  Macam ni lah Puan. Puan courier kat saya dan saya akan isi dan courier kan kembali kepada Puan. Kita tunggu dalam 2 3 bulan. Then saya decide lah selepas tu.

Then, tamatlah perbualan aku dengan Puan F. Terkedulah jugak aku lepas tu. Dengan hati yang hampir terluka, akupun email AE berkaitan perkara ini.

Email aku:
Ari tu aku ade mentioned pasal aku tengah tunggu kebenaran dari LPHS untuk satu unit low cost kat bangi. Then ari ni call lawyer, die kata die dah followed up. Then, mengikut sumber yang boleh dipercayai, sekrang syarat income dah dinaikkan kepada RM5k dari RM2.5k. Namun householdincome masih tak lepas . Die cakap memang chances tu xde langsung. Kalau appeal pun mungkin xdapat jugak. Apa patut aku buat. Deposit tu InsyaAllah boleh dapat, tapi legal fee for S&P n Loan Document and valuation report dah keluar hampir 2k. Patutkah aku tunggu sampai keluar formal result dari LPHS atau terus surrender?

Rasa macam putus asa pun ada ni..

Reply from AE
Tunggu je dulu jawapan dari LPHS sebelum buat apa-apa keputusan.

-AE-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dengan jawapan daripada seorang yang pakar dengan hartanah die Selangor, buat masa ini aku mengikut pandangan beliau..

Sekian


Thursday, October 21, 2010

Persoalan Abang Asnul Hadi



Salam,

Tepat jam 8.57 pm, 20/10/2010, handphone aku yang ketinggalan zaman ni berdering dengan nada yang enak sekali. Mungkin dari awek UMP kot.. Hahahaaaa.. (kalau students aku yang baca ni, mau kena kutuk aku nanti) Alih-alih si mamat asnul hadi, colleague aku..

"Wei, kawe nok tanyo ni. Ok dok beli rumoh kat Jalan Beseroh hargo RM75k?. Kalu demo lagu mano?", begitulah kurang lebih pertanyaan si asnul yang selalu berloghat kelate dengan aku. Hm, baru aku teringat. Inilah rumah yang diiklankan dalam web page company aku bekerja. Amat baik juga response berkaitan rumah ni.

Aku bukannya pakar nak jawab soalan-soalan macam ni. Kalau die hello AE atau yang seangkatan dengannya, mungkin dia akan mendapat jawapan yang meyakinkan. Tapi bila difikirkan kembali, AE dan yang seangkatan dengannya tinggal di Lembah Klang, mana nak tau sangat tentang pasaran dan keadaan hartanah di Kuantan ni. Dengan sedikit pengetahuan yang ada dari sumber buku dan pandangan mereka yang pakar, aku menjawab persoalan abang asnul dari 3 aspek yang berbeza.

1. Sebenarnya, aku membeli rumah untuk tujuan sewa. So, aku tak akan beli rumah tu walaupun ianya pegangan bebas. Sebabnya kadar sewa pada perkiraan aku tidak dapat menampung installment yang akan aku bayar kepada pihak bank. Katakan sewa RMRM 300, installment pulak sekitar RM358 (loan sebanyak RM75k, selama 30 tahun dan interest 4%), cash flow akan menjadi negative iaitu sekitar -RM58. Perkiraan aku ini adalah dengan anggapan kadar sewa berlegar sekitar RM300 sahaja. Tetapi jika sewa boleh mencecah RM400 ke atas, aku akan pertimbangkan. Lagipun lokasinya betul-betul di tengah bandar Kuantan.

2. Bagi tujuan beli dan kemudian jual (flipping), aku tidak berminat. Namun jika berpeluang membelinya, aku rasa pulangan selepas jualan tidaklah sebanyak yang diharapkan. Mungkin dalam masa 5 atau 6 tahun akan datang, nilainya hanya boleh mencecah RM80k sahaja. Lagipun ini rumah kos rendah. Di Kuantan, bagi mereka yang berkemampuan, mereka mempunyai banyak pilihan untuk membeli rumah kos sederhana. Landed properties masih lagi berlambak namun harganya menjadi kekangan kerana naik mencanak selepas kenaikan harga minyak yang mendadak semasa pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. So, meaningless la kalau beli rumah tu..

3. "Kalu kawe nok beli tuk duduk, kawe tokse boh.. Bukan apo, kawe ado rumoh doh...".

Inilah adalah pendapat/pandangan peribadi aku sahaja. Kalau ade yang mempunyai idea, silalah memberikan komen anda..

Sekian


Tuesday, October 19, 2010

Kesilapanku Yang Harus Dipelajari



Salam,

Dalam episod kali ini, aku nak cerita sedikit kesilapan yang telah aku lakukan semasa membeli rumah pertama untuk tujuan pelaburan (buy-&-rent). Kadang-kadang bila difikirkan, ianya bukannya kesilapan tetapi lebih kepada kekurangan ilmu sebelum menceburi bidang ini. Dengan merujuk beberapa buah buku sahaja, aku telah membuat keputusan untuk membeli sebuah low cost flat di Bandar Baru Bangi. Berikut adalah beberapa point yang aku rasa boleh dielakkan jika aku membaca lebih banyak buku dan berjumpa dengan AE lebih awal, antaranya:

1. Status apartment tersebut adalah leasehold dan belum dipecah milik kepada strata title. Memang tidak dinafikan ianya bukanlah isu yang besar, tetapi disebabkan ianya leasehold dan low cost, proses tukar milik mengambil masa yang terlalu lama. Sampai sekarang masih menunggu kebenaran dari pihak bewajib/berkuasa negeri Selangor.

2. Tempoh pinjaman aku terlalu singkat iaitu 20 tahun. Tempoh yang terlalu pendek ini menyebabkan cash flow akan menjadi negative. So, dimana untungnya? Tetapi bagi tujuan beli dan jual (flipping) ia mungkin akan menguntungkan. Masalahnya aku melabur untuk mendapatkan passive income.. ayoyo, kena refinance lah lepas ni. Tapi aku kena bersyukur gak, kalau aku refinance, mau boleh dapat RM10k dalam tangan.

3. Solution kepada point ketiga ini juga adalah refinance. Aku telah membuat bayaran 10% deposit kepada penjual walaupun dia tidak kisah jika aku membuat pinjaman penuh 100% atau mark-up loan. Aku je yang beria-ia nak bayar 10%. Hm, kan banyak kena keluar duit. Kalau tak, bolehla aku simpan duit tu untuk usha rumah lain. Pengajaran yang berguna..

4. Jangan mempercayai legal firm terlalu cepat. Periksa latar belakang legal firm dengan teliti dulu. Aku dah kena kencing macam aku pernah cerita dalam post yang lepas dimana dia kata syarikatnya panel pada pembiaya aku, alih-alih bila tiba nak buat loan agreement, rupanya dah expired. Dah kena cari legal firm lain. Hampeh punya Z*** & Co.

Terdapat banyak perkara lagi yang perlu kita teliti sebelum membeli rumah. Apa yang aku highlight kat atas adalah perkara yang aku alami sendiri dan mungkin berguna bagi mereka yang lain. Ingat, belajar dulu dari yang pakar dan banyak membaca. Namun apa jua kesilapan yang kita lakukan, ianya adalah satu ilmu yang amat berguna..


Monday, October 18, 2010

Pasaran Hartanah di Pekan


Salam,

Sebelum ni aku dan beberapa colleague pernah berborak pasal isu pasaran hartanah di Pekan. Pekan adalah destinasi indah di mana kami semua diarahkan berpindah dan bekerja bermula 1 Julai 2009. Aku masih ingat tarikh tu. Selepas kekecohan berkaitan dengan fasiliti etc. telah redha, ramailah kakitangan di sini termasuk colleague aku merancang dan telah membeli lot-lot tanah bagi tujuan pelaburan jangka panjang atau untuk didirikan rumah persendirian. Dulu satu lot (aku tak  pasti saiznya) boleh dapat RM18k, tetapi sekarang mencecah RM36k. Bermakna tuan tanah mengambil kesempatan terhadap kekalutan staf-staf UMP mencari tanah untuk kediaman. Di sini aku ingin menyatakan pendapat aku yang mana mungkin tidak dapat dipersetujui oleh ramai orang. Antaranya:

1. Jika tujuan pembelian lot tanah bagi tujuan membuat rumah kediaman,  aku bersetuju dan ianya amat baik. Tetapi perlu diingat, aku bersetuju atas dasar lokasi adalah dekat dengan UMP Kampus Utama Pekan. Jika diasaskan kepada faktor fasiliti, aku tidak bersetuju. UMP Kampus Utama Pekan dibina kira-kira 20km dari Bandar Pekan dan 50km dari bandar Kuantan. Sesiapa yang urban dan dilahirkan dengan cara hidup di kota, mungkin tidak dapat adapt persekitaran sebegini. Buat masa ini, ianya dilingkupi oleh kawasan kampung yang rata-ratanya penduduk bekerja sebagai nelayan, petani dan penternak lembu dan kambing yang 'berjaya'. Kalau nak clubbing, dalam rumah je lah jawabnya. Dua puluh tahun akan datangpun pada pandangan peribadi aku, ia akan tetap seperti ini. Lihat sajalah pembangunan di UMP Kampus Utama Pekan ini, hanya dua fakulti sahaja yang siap dan beroperasi. Fakulti dan pembangunan lain masih perlahan dan aku merasa ragu akan kesudahannya.

2. Jika ada yang membeli tanah lot bagi tujuan pelaburan jangka panjang, aku kurang bersetuju dengan tindakan ini. Mereka mengkiaskan situasi ini seperti di kawasan UPM, UTM, UM, UKM, dan USM. Di UM, ia terletak di tengah-tengah kota yang sudah menjadi lubuk emas dalam bidang hartanah. Di UTM, ia terletak berhampiran dengan kota Johor Bharu, terletak di tepi Lebuhraya PLUS yang menjadi laluan utama KL - JB/Singapura. Di UPM dan UKM, ia menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini kerana terletak di pinggir kota yang mudah di access melalui jaringan komuter dan LRT, berhampiran dengan beberapa lebuhraya, berdekatan dengan kawasan perindustrian dan boleh dikatakan menjadi tumpuan bagi mereka yang inginkan kawasan kediaman yang jauh dari kota. Dan sudah pasti di USM, ianya terletak di tengah-tengah laluan utama dan berdekatan dengan pusat pentadbiran dan pelancongan. Situasi ini berbeza dengan UMP Kampus Utama Pekan. Ada yang mengatakan ia menjadi laluan utaman Kuantan - Johor Bharu. Jika ini dijadikan alasan, mengapa sebelum ini tiada lebuhraya yang selesa dibina jika perhubungan Kuantan - Johor Bharu itu penting? Jika ia boleh dijadikan hujah sekalipun, namun lokasi UMP Kampus Utama Pekan yang terletak di Kuala Sungai Pahang pada hemat aku tidak dapat menjadikan kawasan ini lubuk emas dalam bidang hartanah.

3. Jika ada peningkatan nilai hartanah sekalipun, aku tidak merasakan ianya mencecah 10% peratus setahun. Ramai juga yang membeli hartanah disini dengan membuat pinjaman bank secara personal bagi membiayai hartanah di sini. Jika interest yang dikenakan mencecah 5%, berapalah untung yang kita dapat jika kenaikan nilai hartanah sekitar 5-7%.

4. Bagi aku ramai yang melakukan kesilapan dengan menganggap harga pasaran hartanah di Pekan pada landasan yang betul. Spekulasi yang menyatakan kepesatan dan pembangunan bandar Pekan adalah disebabkan adanya UMP Kampus Utama Pekan, Pekan adalah tempat PM, laluan utama Kuantan - JB serta bandar Diraja, bagi aku tidak tepat. Jika ditanya pada valuer, mesti harga sekarang tidak masuk akal. Ini pun berlaku di sekitar Kuantan di mana harga rumah terlalu mahal dan bagi tujuan beli-sewa hendak dipraktikkan, tiada positive cash flow akan diperoleh.

Point di atas adalah pendapat aku berdasarkan pemerhatian aku buat masa ini. Jika aku melihat dan memperoleh beberapa faktor baru lain yang boleh mengubah pendapat aku ini, aku akan paparkan dalam post yang akan datang.

Sekian....


Friday, October 15, 2010

Homestay..


Salam

Masa aku ngeteh dengan AE pada 5/10/2010 yang lepas, aku teringat dengan satu pandangan AE iaitu property investment di luar Klang Valley tidak membolehkan kita mendapat passive income dengan konsep beli dan sewa. Yelah, aku kan tinggal di Kuantan, terselitlah perkara-perkara macam ni. Kalau sesi ngeteh tu melibatkan mereka yang tinggal di sekitar Klang Valley sahaja, no point dibincangkan perkara sebegini. Sebagai contoh, harga rumah di Kuantan adalah terlalu mahal dan kadar sewaan pula terlalu rendah. Untuk mendapat hasil sewaan yang positive adalah agak mustahil.

Aku setuju dengan AE iaitu pelaburan di luar Klang Valley boleh dibuat tetapi untuk tujuan perkhidmatan homestay. Di taman aku sekarang ni, memang ada mereka-mereka yang menghidupkan konsep seperti ini. Ada yang sanggup menyewa dari tuan rumah semata-mata untuk dijadikan homestay. Mungkin masyuk jugak perkhidmatan homestay di Kuantan ni. Tetapi bila difikirkan kembali, ada beberapa point yang boleh aku highlight kan, antaranya:

1. Tiada jaminan kita akan mendapatr positive cash flow kerana bergantung kepada jumlah pelanggan setiap bulan. Tetapi jika setiap minggu ada permintaan terhadap homestay kita, mungkin lebih besar keuntungannya berbanding dengan konsep sewaan.

2. Hanya ada waktu-waktu tertentu yang mungkin boleh mendatangkan positive cash flow terutamanya sekitar cuti sekolah, convocation, kenduri kendara etc.

3. Bil-bil elektrik, air, astro etc. ditanggung oleh kita. Koman-koman RM100 hingga ke RM200 sebulan.

4. House maintenance ditanggung oleh tuan rumah. Cuci langsir, cadar, mop lantai, basuh bilik air harus dilakukan setiap kali customer check-out. Itu tidak termasuk dengan kos kerosakan rumah yang ditinggalkan oleh customer tanpa diberitahu seperti tingkap pecah, tv rosak dikerjakan oleh anak-anak mereka dan sebagainya.

Hm, perit jugak bila memikirkan perkara-perkara kat atas. Tapi apa pun kenalah tanya mereka yang pernah dan sedang menjalankan business seperti ini. Akupun terasa ingin mencuba, tetapi biarlah aku menjayakan misi utama aku iaitu untuk membuka cawangan beli dan sewa di sekitar Klang Valley. Walaupun jauh, namun hasilnya lumayan dan risikonya rendah, InsyaAllah.. Wallahu ‘alam..


Satu Rumah Satu Tahun


Salam,

Hari rabu lepas, tengah aku duk cleaned up white board lepas ngajar students yang aku sayangi, tiba-tiba ada sorang student tanya kat aku satu soalan. “Hari tu encik jumpa abangensem yer?”. Terkejut gak aku. Macam mana mamat ni tau, mesti selalu usha blog AE, detik hatiku (cam hampeh ayat). Pastu baru teringat yang mamat ni la kirim salam kat aku through AE hari tu. Aku ingat yang kirim salam kat aku tu student yang dah tamat belajar. La, mamat ni rupanya.. Lagipun budak ni aku pernah ajar masa short semester, subject Dynamics.

Borak punya borak dengan budak ni, terpacul satu ayat dari mulut mamat tu yang membuatkan aku ingin mengirimkan post ini. Bunyinya, “Encik mesti dah ada banyak rumah”. Hm, kalau aku kelentong mesti die percaya, ahahhaaaaa..

Actually aku baru ada satu rumah yang sedikit masa lagi selesailah urusan jual belinya. Cuma menunggu kebenaran bertulis dari pihak berkuasa negeri Selangor. Aku bukannya lama dalam property investment ni. Baru nak mula dan banyak belajar dari AE. Tapi aku rasa bangga jugalah sebab AE pernah kata kat aku, “Kira ko berani jugaklah lepas baca-baca buku terus berani beli rumah. Kawan aku yang dua orang ni (Brader Mill n Man Kuala), tak berani macam ko”. Lebih kurang camtu lah bunyinya.

Selepas sesi ngeteh ngan AE ari tu, aku dah tetapkan goal aku. InsyaAllah, aku akan cuba usaha dan capai. Satu Rumah Satu Tahun. Kalau tak tercapai, aku hanya redhalah dengan ketentuan Allah. So, banyak lagi aku kena belajar terutamanya dari AE, tuanbri dan yang seangkatan dengannya. Tengah tunggu post AE pasal top up loan. Dan nak apply apa yang AE tulis dalam ebooknya beli rumah tanpa keluarkan modal. Hehehheeee…

Special thanks to AE and tuanbri (ada masa nak jumpa dengan otai ni)….


Thursday, October 14, 2010

Kawteam Punya Cerita..



Salam,

Semalam aku ada baca satu post dalam blog faris tak silap aku (maaf jika tersalah). Post pada tahun 2009. Member kamcing kepada tuanbri di alam maya ini, aku rasa, sebab aku tak pernah jumpa dieorang. Pasal kawteam masa lelong. Pasal isu ni aku cuma nak bagi pandangan dan pegangan aku sebagai seorang Islam. Aku pernah melantik agent untuk mewakilkan aku untuk satu sesi lelongan di Tancorp, tapi kalah dan menghadapi situasi yang sama. Pengalaman kawan aku masa lelongan pun akan aku sentuh jugak. Berikut adalah point aku:

1. Jika ada sikit pembida sahaja dan semuanya Melayu Islam (cth: Aku dan AE dan max limit AE melebihi max limit aku)

Kalau max limit si AE melebihi bajet aku, aku akan surrender lah. Sebagai contoh, reserve price RM30k, max limit aku RM50k dan AE RM70K. Ini semua atas dasar kepercayaan dan kenalan. Tapi aku tak akan ambil offer yang ditawarkan oleh AE, kerana aku kurang pasti samaada duit itu halal, haram (rasuah) atau syubhah. Kerana ada kawan aku yang pernah menghadapi situasi ini. Pada mulanya dia ambil offer tersebut tanpa rasa bersalah atau ragu-ragu. Tapi setelah lama bergiat dalam bidang ini, dia mula merasakan bahawa duit kawteam itu yang membuatkan dia rasa tidak tenang. Oh, Ya Allah, pandulah aku..

2. Jika ada sikit pembida sahaja dan semuanya Melayu Islam (cth: Aku dan AE dan max limit aku melebihi max limit AE)

 Situasi ini berbeza dengan situasi di atas dimana max limit aku melebihi max limit AE. Sebagai contoh, reserve price RM30k, max limit aku RM70k dan AE RM50K. Sudah pasti AE tahu yang dia akan kalah dan menawarkan aku untuk tarik diri dengan bayaran tertentu. Aku pasti akan bersetuju jika dan hanya jika AE menarik diri tanpa meminta apa-apa bayaran. Jika dia berkeras juga untuk bid dengan tujuan bengang kat aku kerana tidak bersetuju dengan tuntutannya, aku redha lah. Walaupun aku akan membeli dengan harga yang tinggi. Mungkin akan ada yang berkata, "eh, kalau kau bagi sikit pulus kat dia, sudah tentu ko dapat reserve price, dua-dua pihak dapat untung". Oh kawan, dalam hidup ini, bukan duit menjadi ukuran semata-mata, tetapi keberkatan.


3. Jika terlalu ramai pesaing (tidak kira apa bangsa atau max limit)

Aku tak akan kawteam kerana kita datang untuk memperolehi rumah itu dengan cara yang sah. Tidak timbul soal kita menganiaya bangsa kita atau sebagainya. Asalkan ia tidak berdosa, mengapa kita mahu marah. Lagipun, jika si pesaing adalah wakil kepada klien yang baru nak beli rumah, adakah anda percaya duit kawteam itu dikongsi dengan si klien. Ataupun si agent itu masuk poket sendiri dan menyatakan kepada si klien yang mereka kalah dalam auctions. Bagaimana jika si klien betul-betul mahu rumah itu. Bagi aku memberi offer atau menerima offer kawteam akan merosakkan satu muamalat yang bersih.. Lagi satu, jika diantara mereka itu ulat semata-mata, terkenalah aku. Ini dunia yang penuh penipuan, kita harus berhati-hati.



Kepada mereka yang mempunyai pendapat yang berlawanan dengan aku dan menyinggung perasaan korang, aku minta maaf. Aku bukannya arif seperti tuanbri, matjoe, AE, faridzaswadi, farid adam, pie2020 dan yang seangkatan dengannya. Mungkin korang pun dah minta pandangan ustaz-ustaz yang bertauliah pasal ni. Jika pandangan anda berlainan dengan aku, serta didatangi dengan hujah yang kukuh dari segi syarak nya, mungkin aku juga akan terima. Ialah, aku bukannya berilmu sangat. Aku cuma memberikan pendapat sahaja dengan sedikit ilmu dan nasihat dari rakan-rakan. Untuk terima atau tidak, terserahlah kepada individu itu sendiri. Fikir-fikirkan..

p/s: tuanbri, matjoe, AE, faridzaswadi, farid adam, pie2020 ===> aku nak jadi cam korang..


Tuesday, October 12, 2010

Kenapa Perlu Guna Agent?


Salam,

Post ini bukannya post pasal hartanah yer...Hehehheheeee...

Buat sesiapa yang ingin membeli kereta 2nd hand dan bercita-cita untuk menukar nama, merenew insurans and road tax, anda kena fikir masak2 kerana ianya bukanlah satu kerja yang mudah. Ikutilah pengalaman saya yang kerdil ini.

1. Setelah membeli sebuah kereta 2nd hand buatan Malaysia yang diperanakkan 18 than yang lalu, maka hamba memutuskan untuk memindah hak milik sehingga ke urusan memperbaharui insurans dan road tax sendiri. Maka bermula lah kisah hamba ini.

2. Untuk pindah hak milik ada beberapa borang yang perlu diisi, antaranya borang pindah hak milik yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli, geran asal (jika tiada lagi hutang di bank), salinan IC yang disahkan samaada oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ dan yang terakhir, laporan pemeriksaan PUSPAKOM.

3. First, hamba bawa kereta ke PUSPAKOM sekitar jam 8 pagi. 2 orang peserta di depan hamba, seorang cina dan pensyarah IKIP Kuantan. Punya punya tunggu, system offline. Ces.. Menunggu hamba sampai jam 9. Jam 8.50, bos PUSPAKOM arahkan buat pendaftaran dibuat  secara manual dan seterusnya ke kawasan pemeriksaan jika pada 9.05am, sistem masih offline. Printed report diminta ambil esok ataupun bila sistem dah online. Pergh.. naik angin satu badan, takkan aku nak datang lagi. Nasib baik tepat jam 9, sistem OK. Pemeriksaan tak lama, cuma 10 minit. Untuk pindah hak milik, hanya disemak no casis, no enjin, tinted and samaada kereta potong atau tidak. Then die usha sikit bawah kereta (tu aku tak tau la die buat aper).

4. Then aku shoot ke pejabat pos, nak renew insurans. Coz sesetangah orang kata kena renew insurans sebelum tukar hak milik. Then, pegawai pos cakap kena tukar nama dulu. So, aku redha dan terus ke JPJ. Masa tengah drive ke JPJ baru aku teringat yang salinan IC owner lama masih tak disahkan. So, aku u-turn ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

5. Sampai kat Centre Point Kuantan (depan Kuantan Parade) aku terus ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah, tingkat 2. Alih-alih tak boleh sahkan sebab owner lama mesti ade. Atau sekurang-kurangnya mesti ada IC asal. Aghhhhh…. Hangin sekali lagi satu badan. Aku call JPJ, die kata mesti kena dapatkan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah atau Pegawai JPJ. Kalau nak pengesahan pegawai JPJ pun kena owner asal datang jugak. Sakitnya hati..

6.Then aku decided kamikaze ke JPJ. Aku jumpa pegawai JPJ, Roshaniza kot namanya. Die cakap die tak leh nak sah kan salinan IC owner lama walau ape jua keadaan sekalipun. Tapi dia ade cakap kat aku, ade satu Pesuruhjaya Sumpah kat ************** yang boleh sahkan salinana IC tu (buka jalan nampak…!!!). Maknanya aku kena pergi ke town sekali lagi lah..

7. Sampai ke tempat yang dituju, aku jumpa la si Pesuruhjaya Sumpah tu dan die dengan rela hati mengesahkan salinan IC tersebut. RM4. Dengan perut kelaparan, akupun lunch kat area tu dengan harapan proses seterusnya berjalan lancar.

8.Sampai JPJ balik, aku sah salinan IC aku pulak kat pegawai JPJ tadi. Kalau aku sahkan kat Pesuruhjaya Sumpah, kan dah kena tambah RM4 lagi. Safe duit aku beb… Then, gi kaunter, tukar hak milik pun selesai. Then kerani kaunter tu cakap boleh renew roadtax kat agent insurans kat dalam kawasan JPJ tu jer..
Usha punye usha, ade KURNIA and TAKAFUL IKHLAS jer.. aku tanya kat kurnia, dia cakap lebih kurang RM600. Ah, mahalnya.. aku pun cakap takpelah dan terus blah dengan niat hati nak renew kat pejabat pos. Kat pejabat pos pun anggaran insurans lebih kurang sama. So, barulah aku sedar yang bila dah tukar hak milik, NCD kosong. So, 100% insurans kena bayar.. Dengan muka tak malu, akupun tak jadi buat..

9. Dengan rasa tidak bersalah akupun berikrar untuk pakai jer kereta baru aku ni tanpa insurans dan road tax. Mana nak cekau RM600 sekarang ni. Belum gaji tu.. Huhuuuu… Tapi amat berisiko jika berlaku perkara yang tak diingini.

Apa yang nak aku highlight kat sini bukan lah isu duit, tapi isu remeh temeh yang akan kita tempuhi jika pertama kali kita tukar hak milik kenderaan (kereta) sendiri, tanpa menggunkan agent/runner. Wahai sahabat2, kesimpulannya, jika nak save duit, buatlah sendiri tetapi ianya amat menyeksakan, jika tidak korbanlah sedikit duit anda dengan menggunakan runner/agent bagi proses tukar nama kenderaan (kereta) anda..